Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita warga Singapura positif Covid-19 ditemui mati di rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita warga Singapura positif Covid-19 ditemui mati di rumah


 

Pasukan bomba berkata mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

PETALING JAYA: Pasukan bomba menemui mayat seorang wanita warganegara Singapura disahkan positif Covid-19 di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri di Muar, Johor semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Noralfatah Omar berkata, satu panggilan diterima berhubung kejadian diterima pada 10.46 pagi dan pihaknya terus bergegas ke lokasi yang dimaklumkan.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, mangsa didapati meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Noralfatah berkata, jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif Covid-19.

Tambah beliau, mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.