Hi! Welcome Back and Stay Tune! Senang, susah, PAS tetap denganmu, Hadi beritahu Muhyiddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Senang, susah, PAS tetap denganmu, Hadi beritahu Muhyiddin


 

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberi jaminan parti itu terus bersama Muhyiddin Yassin susulan peletakan jawatannya.

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberi jaminan parti itu terus bersama Muhyiddin Yassin selepas Presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri susulan kehilangan majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

Katanya, PAS akan bersama Ahli Parlimen Pagoh itu dalam setiap keadaan.

“Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” kata Hadi menerusi Facebooknya.

PAS dengan 18 Ahli Parlimennya adalah antara sekutu utama Muhyiddin yang membolehkan beliau menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu, dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama beberapa parti lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini mengulangi pendirian parti itu untuk terus bersama PN, selain memperkukuhkan hubungan dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Muhyiddin hilang majoriti di Parlimen setelah 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau minggu lalu.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini menggesa PAS untuk memilih sama ada mahu bersama Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum akan datang. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.