Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulasan Surface Laptop 4 – Yang Lebih Mahal Lebih Berbaloi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulasan Surface Laptop 4 – Yang Lebih Mahal Lebih Berbaloi


Microsoft Surface Laptop adalah komputer riba tersendiri daripada Microsoft. Ia merupakan sebuah peranti premium dengan rekaan yang cantik, menawan, serta dijual pada harga yang agak mahal. Ia juga adalah seakan Apple, di mana tidak menawarkan banyak port sambungan. Terkini, Surface Laptop 4 sudah mula dijual di Malaysia. Dengan pelbagai jenama komputer riba yang berada di pasaran sekarang, spesifikasi dan harga peranti ini dilihat sukar untuk bersaing dengan pesaing.

Jadi, untuk siapakah Surface Laptop 4 ini? Adakah berbaloi belanjakan wang yang banyak untuk memiliki sebuah Surface? Saya telah menggunakan komputer riba ini hampir sebulan, ia memberi sedikit pengalaman yang baik – jika anda ingin tahu sama ada adakah ini yang patut anda beli, ini adalah artikel ulasan.


Spesifikasi dan Rekaan

Microsoft Surface Laptop 4
Skrin 13.5″ PixelSense, 2256 x 1504
Pemproses Intel Core i5-1135G7
Grafik Intel Iris Xe
RAM 8/16/32 GB LPDDR4X
Muatan Dalaman 256/512 GB SSD
Kamera 720p + Windows Hello
I/O 1x USB-C, 1x USB-A
1x bicu audio
1x Surface Connect
HDMI Tiada
Pembaca Kad Tiada
Imbasan Imbasan wajah
SIM Tiada
Bateri 17 Jam
Harga Jualan Bermula RM5,999

Microsoft Surface Laptop adalah komputer riba sebenar daripada Microsoft. Ia bukannya jenis hibrid dengan bahagian yang boleh ditanggalkan untuk dijadikan sebuah tablet. Semasa generasi pertama diperkenalkan, Microsoft menyasarkan yang Surface Laptop adalah untuk penggunaan kasual, gaya hidup, produktiviti asas serta tugasan ringan. Ia lebih kepada mereka yang ingin mencuba kehebatan sebuah produk Surface.

Unit ulasan yang tiba di makmal Amanz adalah variasi asas, iaitu yang dijana Intel Core i5 generasi kesebelas dengan cip grafik Intel Iris Xe. Memori pula adalah 8GB RAM dengan storan dalaman 256GB. Skrin pula adalah 13.5-inci dengan panel LCD PixelSense mereka yang menawarkan nisbah paparan 3:2 yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja membaca, menulis dan lain-lai yang seangkatan dengannya.

Terdapat satu kamera terbina, iaitu sensor 720p yang turut ditemani dengan sensor infra merah untuk sokongan imbasan wajah seakan Face ID melalui sistem sekuriti Windows Hello. Port sambungan juga agak terhad dengan hanya menawarkan 1x USB-C, 1x USB-A, 1x bicu audio dan 1x Surface Connect. Bateri pula tidak dikongsi, tetapi Microsoft mendakwa ia boleh bertahan sehingga 17 jam bagi variasi Intel.

Skrin

Walaupun bukan jenis AMOLED, panel skrin PixelSense adalah jenis LCD dengan kemampuan memaparkan warna yang cukup cantik, kecerahan yang cukup terang untuk penggunaan di dalam rumah serta menyokong skrin sesentuh untuk penggunaan stilus mereka Surface Pen. Skrin komputer riba ini bukanlah yang terbaik, menonton filem juga tidak begitu memuaskan kerana ada banyak bar hitam dan sistem auto-cerahnya kadangkala tidak begitu berfungsi menjadikan paparan sedikit malap ketika sedang melakukan kerja.

Papan Kekunci

Papan kekunci Surface Laptop 4 adalah antara yang terbaik pernah saya gunakan. Untuk sebuah komputer riba dengan bahagian papan kekunci yang tipis, ia cukup selesa. Malah menaip pada jangka masa lama secara berterusan, tidak menjadi masalah. Jari tidak penat, dan akan saya sentiasa selesa dengannya.

Jika anda teliti, bahagian ini adalah terlampau nipis sehingga apabila diletakkan di atas meja atau permukaan rata – ia terus rata seakan papan kekunci berada di meja. Dengan kawasan merehatkan telapak tangan yang tidak tinggi ia menjamin keselesaan.

Namun, lampu LED atau backlight papan kekunci ini tidak begitu cerah jika dibandingkan pada MacBook. Jika anda selesa menggunakan Surface bersama selongsong papan kekunci rasmi mereka, komputer riba ini tidak akan menjadi masalah. Dengan kemasan fabrik Alcantara juga menjamin keselesaan dan jika panas tangan tidak akan rasa haba yang keluar. Namun untuk ketahanan fabrik ini, tidak pasti jika pengguna seperti saya yang mudah berpeluh – sama ada akan tahan lama ataupun tidak.

Pad Sesentuh

Pad sesentuh komputer riba ini juga ada sedikit masalah, kerana ia tidak begitu sensitif. Lebih-lebih lagi untuk pengguna seperti saya yang tangannya cepat berpeluh. Lapisan perlindungan papan kekunci ini sedikit kesat dan kawalan gestur juga kadangkala tidak begitu berfungsi sehinggakan perlu dicuba berkali-kali.

Pada saya, ia adalah masalah besar kerana kekurangan port untuk sambungkan tetikus. Kecuali jika tetikus rasmi Microsoft digunakan yang menyokong sambungan Bluetooth dan juga tambatan pantas.

Cuma agak aneh untuk sebuah peranti dengan sistem operasi sendiri, kawalan pada pad sesentuh ini tidak sehebat berbanding pengeluar lain seperti Huawei.

Prestasi

Di atas kertas, spesifikasi komputer riba ini cukup baik. Ia berada dalam kategori untuk sebuah komputer riba premium. Kemudian untuk sebuah komputer riba daripada syarikat yang sama membangunkan Windows 10, saya beranggapan ia akan mempunyai pengalaman seperti Google Pixel dan Android asli mereka atau MacBook dengan macOS mereka.

Namun saya salah. Variasi 8GB RAM adalah amat tidak sesuai, kerana tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Malah, saya da miliki komputer riba Huawei Matebook 14 generasi 2020, dengan 16GB RAM dan AMD Ryzen 7-4000. Intel Core i5 dengan 8GB RAM dan Iris Xe tidak cukup berkuasa. Mungkin kerana memori 8GB adalah tidak mencukupi. Tetapi, komputer riba Huawei saya ini menjalankan Windows 11 versi pembangun (buka beta) dan ia lebih lancar daripada Windows 10 pada Surface Laptop 4.

Malah, menjalankan ujian penanda aras juga komputer riba ini semput dan tercungap-cungap cuba menyelesaikannya sehinggakan ia menjadi gila panas membuatkan saya risau gam pada pada fabrik Alcantara ini cair. Syukur, ianya tidak berlaku.

Kerja-kerja menulis artikel adalah cukup lancar dengan dua pelayar web bersama dengan kurang sepuluh tab dibuka. Begitu juga dengan menjalankan perisian seperti Zoom, Teams, aplikasi media seperti muzik atau Netflix tidak akan menjadi masalah.

Masalah hanya berlaku apabila kerja suntingan mula dilakukan. Tidak kiralah Photoshop, Premiere Pro atau yang asas seperti Photoscape X juga kadangkala boleh menyebabkan sistem tergendala dan ada masalah lengah masa serius. Dalam bacaan di forum dan merujuk beberapa ulasan lain, variasi dengan RAM 16GB atau 32GB tiada masalah ini. Bermakna, Surface Laptop 4 tidak sesuai jika hanya ada 8GB RAM.

Masalah prestasi bukan sahaja pada menjalankan perisian-perisian produktiviti, tetapi turut pada fungsi dan ciri seperti Windows Hello yang tidak konsisten. Kadangkala wajah saya boleh dikesan dan kadangkala tidak. Sepanjang sekitar sebulan penggunaan, majoriti kaedah nyahkunci saya dengan Surface Laptop 4 adalah melalui kod pin sahaja.

Kamera Web

Walaupun hanya mempunyai sensor 720p, kamera web Surface Laptop 4 adalah antara yang terbaik pernah saya gunakan. Jika anda ada tonton beberapa video siaran langsung di Amanz sejak beberapa minggu lalu, beberapa video tersebut saya menggunakan kamera web komputer riba ini.

Ia cukup terang dan cantik, serta memadai untuk penggunaan ketika bekerja dari rumah. jika banding dengan Huawei yang menawarkan sensor 1MP dengan kualiti 3GP, Surface Laptop 4 layak menerima pujian kerana perisian kamera yang baik untuk memproses imej.

Audio

Untuk audio saya mulakan dengan mikrofon terlebih dahulu. Tanpa sebarang mikrofon tambahan dan bergantung kepada yang terbina sahaja, Surface Laptop 4 juga mempunyai kualiti mikrofon yang baik. Seperti saya katakan tadi, beberapa video siaran langsung di Amanz yang saya lakukan – saya turut menggunakan mikrofon komputer riba ini sahaja.

Pembesar suara juga agak baik dan memuaskan untuk sebuah komputer riba dengan saiz nipis. Tetapi ia tidak cukup kuat jika berada di kawasan yang luas. Dengan port USB-C serbaguna terbina serta aplikasi Groove Music yang terkini, Surface Laptop 4 menyokong sambungan aksesori audio untuk memainkan fail audio nirhilang. Jika pembesar suara tidak memuaskan, gunakan sahaja AMP/DAC untuk menjadikan pengalaman pendengaran lebih mengasyikkan.

Bateri

Kaedah pengecasan komputer riba ini adalah melalui USB-C atau Surface Connect yang menawarkan sokongan pengecasan pantas. Kurang dua jam sudah boleh cas sehingga penuh. Tetapi adakah dakwaan ketahanan sehingga 17 jam itu benar?

Dukacita dimaklumkan, ianya tidak. Sepanjang penggunaan saya ia hanya bertahan sekitar 10-11 jam sahaja untuk penggunaan ringan dan hanya sekitar 8 jam jika ada perisian suntingan dijalankan.

Tetapi mod penjimatan kuasa pada komputer riba ini cukup bagus dan tidak seperti beberapa komputer riba lain. Mod jimat kuasanya mampu memberikan tambahan sekitar 30 minit sebelum ia mati. Penggunaan ekstrem pula seperti muzik, video, dan melayari web tanpa dengan pelayar web tidak ditutup akan memberikan ketahanan sekitar bawah 7 jam sahaja.

Kesimpulan

Dari segi rekaan, Surface Laptop 4 adalah cukup premium, cantik dan seksi, Tetapi dengan skrin yang hanya bolehlah, prestasi 8GB RAM yang tidak memuaskan, komputer riba ii mungkin bukan untuk semua orang. Sepanjang penggunaan saya, hanya papa kekunci dan kemampuan audio sahaja membuatkan saya gembira menggunakannya. Perkara penting lain tidak memuaskan. Untuk sebuah komputer yang dijual pada harga bermula RM5,999 ia agak mahal.

Tetapi alang-alang sudah mahal, mereka yang ingin membeli komputer riba ini patut terus beli yang lebih mahal untuk prestasi yang lebih memuaskan. Kerana Surface Laptop 4 ini jika lebih mahal ia lebih baik. Selepas menguji Windows 11 dan menikmati kehebatan prestasi lancar pada versi pembangun, harapnya jika ia sudah stabil kelak – model 8GB RAM komputer riba ini akan memberikan pengalaman yang lebih baik.

PRO
  • Rekaan cantik, seksi dan kelihatan premium.
  • Papan kekunci yang selesa dan memuaskan.
  • Fabrik Alcantara yang memberikan keselesaan pada tapak tangan.
  • Ada sokongan skrin sesentuh untuk pengguna stilus.
  • Menyokong pengecasan pantas dan USB-C menyokong pengecasan juga.
  • Kamera web yang cantik dipadankan dengan mikrofon cukup berkualiti.
KONTRA
  • Skrin yang hanya biasa sahaja.
  • Prestasi 8GB RAM tidak memuaskan.
  • Pad sesentuh yang tidak cukup sensitif.
  • Tidak ada banyak port sambungan yang memudahkan pengguna.
  • Windows Hello yang berfungsi kadangkala sahaja.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.