Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengatakan Bahawa Isu Jelly Scrolling Yang Dilihat Pada iPad Mini Adalah Perkara Biasa Untuk Panel LCD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengatakan Bahawa Isu Jelly Scrolling Yang Dilihat Pada iPad Mini Adalah Perkara Biasa Untuk Panel LCD


Beberapa hari lalu kami ada melaporkan tentang satu isu dimana iPad Mini baru dilihat mempunyai masalah yang dipanggil “jelly scrolling”, iaitu isu tatalan apabila sebahagian daripada sebuah panel paparan dilihat tidak selari apabila ditatal dengan kandungan.

Isu ini secara lazimnya dilihat pada panel LCD, dan untuk peranti tablet seperti iPad, ia lebih kerap dilihat apabila digunakan dalam orientasi menegak. Apple mengatakan kepada Ars Technica bahawa fenomena jelly scrolling ini adalah perkara yang biasa dilihat pada panel LCD, tidak kira untuk peranti apa sekalipun.

Beberapa pihak menjelaskan bahawa perkara ini dilihat pada peranti iPad Mini terbaru khususnya mungkin kerana cara panel LCD dipasang pada peranti ini. Walaupun kesan jelly scrolling ini dapat dilihat dengan jelas sekali apabila digunakan dalam orientasi menegak, ia dikatakan tidak akan hadir apabila digunakan dalam orientasi melintang.

Untuk melihat samada tablet ataupun komputer riba anda yang menggunakan panel LCD mempunyai isu ini, anda boleh cuba melayari laman web Testufo yang menguji untuk isu ini dan lihat sendiri samada betulkah apa yang dikatakan oleh Apple.

Sumber: Ars Technica



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.