Lebih 80% Penduduk Dewasa dan 300,000 Remaja Malaysia Telah Menerima Suntikan Vaksin Covid-19
Berita baik hari ini ialah lebih 80% golongan dewasa dan 308,000 remaja berusia di antara 12-17 tahun telah menerima suntikan vaskin di Malaysia. Kesemua ini dilakukan di bawah Program Imuniasai Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang telah dimulakan sejak bulan Februari tahun ini. Kadar vaksinasi yang tinggi adalah perlu bagi memastikan tahap imuniti kelompok dapat dicapai sebelum negara bergerak ke fasa virus ini menjadi endemik.
Program vaksinasi remaja adalah langkah seterusnya untuk memerangi virus yang sudah mengorbankan lebih 23,000 nyawa di negara kita dan menjangkiti lebih 2 juta penduduk Malaysia sejak pandemik bermula Februari 2020. Sarawak menjadi negeri pertama memberikan vaksin kepada remaja pada 8 September lalu.
Setakat ini Sabah ialah negeri dengan jumlah remaja yang telah menerima vaksin tertinggi dengan 118,000, diikuti oleh Sarawak (88,000), Kedah (19,000), Kelantan (17,000), Johor (16,000), dan Labuan (2500).
Sumber Bernama
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment