Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Realme Narzo 50i Tertiris Menunjukkan Penggunaan Satu Kamera Di Belakang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Realme Narzo 50i Tertiris Menunjukkan Penggunaan Satu Kamera Di Belakang


Realme telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk beberapa produk baharu pada 24 September ini. Acara berkenaan bakal berlangsung di India dan antara produk yang akan diperkenalkan adalah siri Realme Narzo 50, Realme, Realme Band 2 dan Realme Smart TV Neo 32″.

Bercakap lebih lanjut mengenai siri Realme Narzo 50, ada kemungkinan besar bahawa iany akan hadir dalam beberapa model berbeza. Antaranya seperti Realme Narzo 50A dan Realme Narzo 50i. Pada masa sama, kita juga boleh menjangkakan untuk pengenalan model Realme Narzo 50 dan Realme Narzo 50 Pro pada masa mendatang.

Jika sebelum ini kita telah melihat rekaan penuh untuk Realme Narzo 50A. Terkini, muncul pula beberapa imej pengolokan yang menunjukan rekaan fizikal untuk model Realme Narzo 50i. Dapat dilihat, peranti tersebut dilihat bakal menampilkann modul kamera berbentuk segi empat di belakang. Melaluinya, ia hanya dibekalkan dengan lensa utama tunggal bersama LED Flash.

Seterusnya, ia turut memperlihatkan elemen yang sama seperti Realme Narzo 30A sebelum ini. Di mana, terdapatnya kemasan berjalur di sebahagian panel belakang. Selain, penggunaan skrin bertakuk untuk panel hadapanya. Turut melengkapinya, butang kuasa dan laras audio diletakkan pada sisi kanan. Tidak ketinggalan, terdapat juga bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah.

Buat masa ini, spesifikasi utama untuk Realme Narzo 50i masih menjadi tanda tanya. Namun begitu, spekulasi awal mendakwa peranti berkenaa bakal dijana oleh cip pemprosesan keluaran MediaTek, menggunakan skrin beresolusi HD+ dan menjalankan Android 11.

Sumber : 91Mobiles



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.