Pepijat Menyebabkan iPhone 13 Tidak Boleh Dinyahkunci Menggunakan Apple Watch
Ciri menyahkunci menggunakan Apple Watch diperkenalkan menerusi kemas kini iOS 14.5 beberapa bulan yang lalu. Ia adalah cara Apple menyelesaikan isu Face ID tidak berfungsi kerana pemilik memakai pelitup muka. Ia adalah inovasi yang kami gunakan setiap hari kerana membuatkan kami tidak perlu menggunakan kod pin. Tetapi menurut MacRumor, ciri ini tidak boleh digunakan pada peranti terkini Apple.
Pepijat pada iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPjhone 13 Pro Max menyebabkan telefon tidak boleh berhubung dengan Apple Watch. Pengguna diberikan amaran untuk menyahkunci Apple Watch terlebih dahulu namun selepas ini dilakukan sistem menyahkunci ini masih gagal berfungsi. Apple menyedari isu ini dan menyarankan pengguna untuk tidak menggunakan ciri nyahkunci menggunakan Apple Watch buat sementara waktu.
Kemas kini yang akan menyelesaikan isu ini sedang dibangunkan oleh Apple tanpa tarikh bila ia akan diberikan. Isu ini pasti mengecewakan kerana secara lazimnya isu ciri tidak berfungsi berlaku pada peranti lama bukannya pada peranti yang terkini di pasaran.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment