Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Semula Pelancaran Galaxy S21 FE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Semula Pelancaran Galaxy S21 FE


Samsung kini dilaporkan telah pun membatalkan acara pelancaran “Unpacked” untuk Samsung Galaxy S21 FE, selain pada masa yang sama diperkatakan sedang mempertimbangkan semula pelancaran telefon pintar berkenaan.

Mengikut desas-desus dan info tertiris sebelum ini, Galaxy S21 FE (Fan Edition) dikatakan akan dilengkapi Snapdragon 888, selain menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding siri Galaxy S21 – lebih kurang seperti “Fan Edition” sebelum ini.

Pada awalnya, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 FE pada pertengahan Oktober, tetapi kini ia telah dibatalkan. Perkara ini sekaligus membawa kepada tanda tanya sama ada Galaxy S21 FE akan dipasarkan, atau dibatalkan sepenuhnya.

Salah satu sebab Samsung mempertimbangkan untuk membatalkannya adalah kerana kejayaan Galaxy Z Flip 3 yang menerima permintaan tinggi – sekaligus membawa kepada kekangan dari segi komponen untuk pengeluarannya.

Dengan membatalkan Galaxy S21 FE, cip dan sebagainya boleh digunakan untuk pengeluaran Galaxy Z Flip 3.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sama ada pihak Samsung akan melancarkan peranti ini atau sebaliknya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.