Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dijangka Memperkenalkan Ujian Beta Antaramuka OneUI 4.0 Untuk Siri Peranti Galaxy S21 Pada Bulan Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dijangka Memperkenalkan Ujian Beta Antaramuka OneUI 4.0 Untuk Siri Peranti Galaxy S21 Pada Bulan Ini


Selain daripada memperkenalkan kemaskini OneUI 3.1.1 untuk semua peranti siri Galaxy Fold dan Galaxy Flip mereka, Samsung baru-baru ini turut mengumumkan bahawa mereka akan mula menguji antaramuka OneUI 4.0 dengan sistem operasi Android 12 bermula bulan ini.

Samsung Korea mengeluarkan pengumuman bahawa mereka akan memperkenalkan ujian beta tersebut melalui sebuah poster, dan mengatakan bahawa ujian beta tersebut pada masa ini akan dihadkan kepada peranti Samsung Galaxy S21 terlebih dahulu, yang termasuklah Samsung Galaxy S21, S21 Plus dan S21 Ultra.

Seperti yang anda mungkin boleh jangka, ujian beta sistem operasi dan antaramuka baru ini akan diperkenalkan untuk pasaran Korea terlebih dahulu melalui program Samsung Members mereka, yang boleh didaftar melalui aplikasi didalam peranti Samsung.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memanjangkan ujian beta OneUI 4.0 ini kepada pengguna peranti mereka di luar negara Korea, tetapi kami menjangkakan bahawa ia akan diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna secara global tidak lama lagi.

Sumber: Android Authority



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.