Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tebang Hutan Simpanan, Bekalan Air Putus. Merdeka 64 Tahun ? Kita Sudah Dewasa Atau Masih Budak-Budak? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tebang Hutan Simpanan, Bekalan Air Putus. Merdeka 64 Tahun ? Kita Sudah Dewasa Atau Masih Budak-Budak?


 







  • PJ : pro-Anwar Otai Reformis disappointed over degazettement of Forest Reserve 
  • the land handed over to RM1.00 company established on Nov 2, 2020 
  • We believe this company is a ‘proxy’ company 
  • S'gor govt to degazette 536.7 hectares Kuala Langat Forest Reserve 
  • decision made on May 5 
  • state decision last year to protect forest reserve had been revoked

Otai said PH did not care about 50,000 people, Orang Asli and NGOs 
Selangor government’s action an affront 

group  disappointed with Anwar for failing to advise Selangor MB 
Otai wrote appeal in April seeking Anwar’s intervention 
Anwar’s failure to act against MB from his own party 
explains why PH failed to take over Putrajaya,” Razak said


Comment By OSTB :

Kepada saudara Abdul Razak Ismail daripada Otai Reformis,  saya yakin sdra ini daripada generasi 1998 dulu yang lari mengamok ke hulu dan ke hilir mempertahankan 'reformasi Brader Anwar Ibrahim'?

Mungkin angkara dan onar sdra Abdul Razak Ismail serta kawan-kawan pada hujung minggu pada zaman itu (awal 2000) di Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Jalan Masjid India yang sering memaksa Polis menembak gas pedih mata (tear gas)  yang mengakibatkan saya terpaksa tutup perniagaan saya untuk sehari. 

Kalau tidak tutup kedai pun, setiap kali geng-geng reformasi saudara Abdul Razak buat onar, pastilah hari itu tak ramai orang berani keluar shopping atau memasuki kawasan. Kami peniaga-peniaga di kawasan itu terpaksa tanggung rugi. 

Saya pernah melihat sdra Hishamuddin Rais penyokong tegar Brader Anwar pada zaman itu, berjalan sebiji depan kedai saya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dengan memegang botol air mineral dan tualanya,  sambil memberi isyarat  kepada bebudak reformasi yang lari meng-gila ke sana dan ke sini.  

Banyak tahun kemudian saya berjumpa dan berkenalan juga dengan sdra Hishamuddin Rais - setelah dia pun putus cinta dengan brader Anwar.  Akhir sekali Hisham Rais pun "came to his senses" lah. Dia tinggalkan Brader Anwar.

Begitu juga saya pernah jumpa sdra Zulkifli Noordin bekas Ahli Parlimen Kulim yang menjadi street fighter yang berani bertumbuk dengan Polis untuk mempertahankan Brader Anwar. Sdra Zul Noordin adalah seorang peguam yang mempunyai pejabatnya di Wisma Yakin (I think) di Jln Masjid India. Brader itu sangat berani bergasak dan bertumbuk dengan Polis dan pernah ditangkap Polis dan masuk lokap. 

Banyak tahun kemudian, setelah kes So-Do-Mee No. 2  sdra Zul pun bercerai dan putus cinta dengan Brader Anwar. Satu hari masa tea time di tepi sungai Jalan Masjid India saya terserempak sdra Zul Nordin dan dia pun menceritakan dengan panjang lebar kenapa dia putus cinta dengan Brader  Anwar.  Dengan ringkasnya dia telah 'seen the light'.

Jadi saya mengucapkan tahniah lah kepada Otai Reformis yang masih kekal dengan Brader Anwar sampai ke hari ini, tahun 2021. Cuma saya lihat sdra Otai ini makin fed up juga dengan Brader Anwar tetapi masih tidak sampai ke tahap "putus cinta" secara total.

Kenyataan sdra di atas serupa keluhan mangsa cinta yang didurhakai oleh kekasihnya.   

group  disappointed with Anwar for failing to advise Selangor MB 
Anwar’s failure to act against MB from his own party 


Di sini saya ingin claim hak saya untuk berkokok jugalah sebab saya telah nampak fe'el dan perangai Pak Syeikh tu sejak tahun 1981 - first time bila saya jumpa dia dari dekat di Columbus, Ohio sewaktu perhimpunan MISG. Tetapi pada waktu itu saya langsung tidak tahu menahu aktiviti 'kokurikulum' lain brader itu.  Bila saya dengar dia berucap saya instantly faham dia ada bakat jual minyak dhab.   

Which is what you are finding out now lah.

Hari ini bekalan air terputus di 463 kawasan di Selangor, termasuk kawasan saya. Tak sangka saya bahawa negeri Selangor boleh mempunyai 463 kawasan pun.  Tetapi bekalan air putus ini telah berlaku terlalu kerap. 

Saya nak tanya jika Otai Reformis ambil tahu berkenaan masalah yang sangat besar ini.

Bukan setakat tak boleh mandi atau cuci baju di rumah tetapi beribu kilang, perniagaan dan perusahaan mengalami kerugian berpuluhan juta Ringgit setiap kali berlaku gangguan bekalan air.

Malangnya oleh kerana hampir kesemua kilang dipunyai oleh orang bukan Melayu (lazimnya orang Cina) maka ramai orang Melayu, pengundi Melayu, NGO Melayu, ahli politik Melayu, pemimpin Melayu pun tidak ambil peduli sangat. 

Lagipun Wakil Rakyat  PKR mungkin daripada kawasan lain di luar Selangor seperti Kedah atau Negeri Sembilan.  Jadi pengundi di kawasan mereka, terutama sekali pengundi Melayu,  pula tidak akan marahi mereka jika bekalan air terputus di Selangor.

Tetapi Selangor adalah negeri yang paling 'industrialised' dalam negara kita dengan bilangan penduduk (jumlah dengan KL) yang paling ramai dalam negara kita. Penduduk Selangor (6.5 juta) campur KL (8.2 juta) hampir 15 juta orang. 

Lebih 60% GDP negara kita berpusat di KL dan Selangor.

Jadi kalau lah Selangor selalu mengalami gangguan bekalan air, percayalah ramai pekilang, pelabur asing dan pengusaha akan fed up sebab mereka tidak mampu menanggung kerugian yang berjuta Ringgit tiap kali kilang dan  perusahaan mereka terpaksa berhenti sebab bekalan air putus.

Jadi apakah hairan sangat apabila peluang pekerjaan dan kemajuan bisnes dalam negara kita makin tipis? Kita makin menuju ke arah Failed State. 

Malangnya pemimpin, ahli politik, wakil rakyat kita bukan saja tidak ambil peduli tetapi mereka tak faham apa benda pun apa pulak connection putus bekalan air dengan populariti mereka di kalangan pendundi Melayu.    

Kalau kilang orang Cina berhenti operasi sebab air putus apa kena mengena dengan orang Melayu?

Jadi hari ini negara kita berusia 64 tahun. Merdekalah kita. 

Soalan nya 'How long more should we keep celebrating Merdeka'?

Apakah setahun sekali kita perlu mengingatkan diri-diri kita bahawa kita pernah dijajah dan di perhambakan?  We were raped and robbed - tetapi kita celebrate pula. 

Kita perlu dewasa - dalam semua perkara.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.