Speedtest : Kelajuan Muat-Turun Purata Talian Mudah-Alih Di Malaysia Meningkat Kepada 29.14Mbps Pada Ogos 2021
Speedtest kini telah mengemaskini data terbaru berkaitan angka muat-turun, sekaligus memperlihatkan yang mana pengguna Malaysia menikmati kadar muat-turun purata sekitar 29.14Mbps pada bulan Ogos 2021 yang lepas.
Ia memperlihatkan peningkatan sedikit berbanding bulan Julai lepas, yang mana ketika itu kelajuan muat-turun adalah sekitar 28Mbps.
Kadar muat-naik purata pada tempoh sama adalah sekitar 10.87Mbps, dan kadar pendam sekitar 33ms.
Walaupun kadar muat-turun meningkat berbanding bulan sebelumnya, namun untuk kedudukan diantara negara, Malaysia turun satu anak tangga untuk kelajuan muat-turun purata talian mudah-alih ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment