Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tanah runtuh di Kemensah Height, 28 keluarga dipindahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tanah runtuh di Kemensah Height, 28 keluarga dipindahkan


 

Pihak bomba mengarahkan 28 keluarga berkenaan supaya keluar dari rumah masing-masing ke pusat pemindahan sementara. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga di Kemensah Height, Ampang terjejas susulan tanah runtuh, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 9.33 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian belakang 19 rumah di kawasan terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Norazam berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini pihak bomba mengarahkan 28 keluarga berkenaan supaya keluar dari rumah masing-masing ke pusat pemindahan sementara.

Tambah beliau, kejadian tanah runtuh berkenaan difahamkan berlaku susulan hujan pada petang semalam. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.