Hi! Welcome Back and Stay Tune! Android 12 Kini Mencapai Fasa Stabil – Bakal Hadir Ke Peranti Anda Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Android 12 Kini Mencapai Fasa Stabil – Bakal Hadir Ke Peranti Anda Tidak Lama Lagi


Hari ini, Google akhirnya telah mengumumkan versi akhir dan stabil untuk Android 12, sekaligus telah mula menawarkannya dalam bentuk AOSP kepada semua pengeluar.

Pihak Google turut mengatakan Android 12 akan hadir ke peranti-peranti sedia ada dipasaran dalam minggu-minggu akan datang, bermula dengan Google Pixel.

Peranti lain yang turut diumumkan akan menerimanya sebelum penghujung tahun ini adalah Samsung Galaxy, OnePlus, Oppo, Realme, Tecno, Vivo dan juga Xiaomi.

Android 12 menawarkan sejumlah perkara baru. Antaranya adalah sokongan antaramuka baharu dinamakan Material You, rekaan widget yang dikemaskini, kemaskini pada antaramuka notifikasi, selain privasi yang lebih ditekankan.

Google turut mengatakan kini Android 12 lebih pantas dan efisien, selain lebih menawarkan responsif pada bahagian notifikasi, selain sokongan pembelajaran mesin yang pantas.

Para pembangun aplikasi boleh mula menyediakan aplikasi mereka supaya menyokong Android 12 dengan mengambil kelebihan sejumlah ciri-ciri baharu.

Sama-sama kita nantikan pelbagai peranti kita menerima Android 12 dalam bulan-bulan akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.