Canalys : Pengeluaran Telefon Pintar Dunia Terjejas 6%, Apple Kini Ditangga Kedua, Xiaomi Ketiga
Canalys, salah satu firma penganalisa popular, kini telah mengeluarkan data suku ketiga 2021, sekaligus memperlihatkan yang mana angka pengeluaran telefon pintar dunia telah berkurangan sebanyak 6%.
Hal ini adalah kerana masalah kekurangan pengeluaran cip dan semikonduktor, sekaligus memberikan impak terhadap pengeluaran telefon pintar.
Samsung masih kekal ditangga pertama dunia dengan pegangan pasaran sebanyak 23%, sementara Apple pula kembali pada kedudukan nombor dunia, dengan pegangan sebanyak 15%.
Angka terbaru Apple ini boleh dikatakan masih awal, kerana ia hanya menyertakan data daripada minggu pertama pemasaran iPhonne 13.
Sementara Xiaomi pula kini kembali pada tangga ketiga, dengan perbezaan hanya 1% berbanding Apple.
Oppo dan Vivo masing-masing dilihat mempunyai pegangan sebanyak 10% di pasaran. Menariknya juga, kini Canalys menyertakan data OnePlus bersama Oppo.
Pelbagai pengeluar dilihat berhasrat meningkatkan pengeluaran masing-masing pada 2022, tetapi masalah kekurangan cip ini dijangka berterusan dan memberikan impak terhadap pegangan pasaran dan sebagainya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment