Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganggur digantung sampai mati kerana bunuh abang ipar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganggur digantung sampai mati kerana bunuh abang ipar


 

Hakim Alwi Abdul Wahab berkata, tertuduh bertindak mengejar dan menikam mangsa yang cuba lari menyelamatkan diri dan ini menunjukkan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh abang iparnya empat tahun lalu.

Hakim Alwi Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Aldin Tawasil, 26, selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah sepanjang prosiding.

Alwi dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam keterangannya memaklumkan menikam mangsa kerana berang selepas mengetahui adik perempuannya dirogol mangsa.

Tertuduh yang berpakaian serba putih kelihatan tenang ketika hukuman itu dijatuhkan.

“Walaupun dalam keterangan tertuduh yang mengemukakan bukti tindakannya untuk mempertahankan diri, namun tertuduh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan berbanding si mati yang mempunyai 13 kesan tikaman.

“Malah, tertuduh juga mengejar dan menikam mangsa yang cuba lari menyelamatkan diri dan ini menunjukkan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh.

“Mengambil kira keterangan menyeluruh dalam kes ini, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh,” katanya dipetik Harian Metro.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Ali Imran, manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin didakwa membunuh Ronston Tunai di Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, kira-kira 3 petang 16 Jun 2017.

Sementara itu, ibu dan ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar bilik bicara mahkamah tidak dapat menahan emosi, apabila permintaan mereka untuk memeluk dan mencium tertuduh buat kali terakhir tidak dibenarkan anggota polis bertugas. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.