Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menetapkan Syarat Peranti Mercu Android 12 Perlu Mempunyai 6GB RAM Dan Storan Pantas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menetapkan Syarat Peranti Mercu Android 12 Perlu Mempunyai 6GB RAM Dan Storan Pantas


Android 12 sudah pun hadir dengan versi stabil pada kod AOSP. Tetapi masih tiada peranti dengan Android 12 yang stabil dilancarkan lagi, semua pengeluar masih menguji versi beta. Ini kerana Android 12 mengalami satu perubahan drastik seperti penggunaan Material You, sistem privasi dan sekuriti serba baharu dan banyak lagi.

Untuk itu, Google baru-baru ini telah mengeluarkan dokumentasi baharu berkenaan dengan peranti “mercu” Android 12. Google telah hadir dengan syarat baharu di mana peranti “mercu” Android 12 perlu mempunyai memori sekurang-kurangnya 6GB RAM, skrin 400dpi resolusi 1080p, storan dalaman yang berkemampuan menulis 120MB/s, baca 250MB/s, pembacaan rawak 10MB/s dan tulis rawak 40MB/s.

Selain itu, kamera utama paling kurang perlu menggunakan sensor 12MP yang berkemampuan merakam video 4K 30FPS dan 4MP kamera swafoto dengan rakaman 1080p 30FPS.

Syarat baharu untuk Android 11 juga telah ditetapkan, yang mana sama sahaja kecuali pada storan dalaman dengan kelajuan baca 100MB/s, tulis 200MB/s, tulis rawak 10MB/s dan baca rawak 25MB/s.

Google turut meneta[kan syarat minima untuk setiap versi Android perlu mempunyai sokongan codec tertentu, kuasa pemprosesan kamera tertentu dan banyak lagi. Setiap versi Android akan datang 13, 14 dan seterusnya turut akan ada syarat tersendiri.

Peranti mercu ini bukannya peranti dengan cip berkuasa seperti Snapdragon 8xx, tetapi peranti utama pengeluar jika ingin menggunakan setiap versi Android ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.