Realme Q3s Akan Dilengkapi Skrin 144Hz Dan HDR10
Realme Q3s bakal diperkenalkan seiring dengan Realme GT Neo 2T pada minggu hadapan. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh pihak Realme menerusi perkongsian poster rasmi di Weibo. Realme Q3s bakal menjadi peranti yang dibekalkan skrin dengan kadar segar semula adaptif mencapai 144Hz.
Seterusnya, ia juga akan menggunakan panel sejenis LCD berukuran 6.6-inci. Paparannya juga turut menyokong ciri-ciri tambahan seperti HDR10, kemampuan memaparkan gamut warna DCI-P3 dan sebagainya. Jelas kelihatan, panel hadapan adalah sejenis berlubang dengan sokongan kamera swafoto tunggal pada bucu atas kiri.
Peranti turut menggunakan pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa. Seterunya, butang aras suara pula pada sisi bertentangan. Saiz bezel adalah seimbang pada bahagian atas dan sisi. Tetapi, masih terdapatnya dagu yang agak tebal pada bahagian bawah.
Realme Q3s mungkin dijana oleh Snapdragon 778G yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri adalah 5,000mAh yang menyokong pengecasan 30W. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut kelak.
Sumber : Realme Q3s
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment