Aplikasi Grab Menghadapi Masalah Untuk Diakses
Pagi ini, sejumlah pengguna dilihat menghadapi masalah untuk mengakses fungsi-fungsi dalam aplikasi Grab anda, khususnya untuk memesan makanan atau mahu mendapatkan pemandu untuk ke mana-mana lokasi. Grab Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa terdapat masalah yang hadir pada aplikasi mereka yang mereka sedang cuba untuk perbaiki.
Pengguna-pengguna ini dilihat menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan penghantar ataupun pemandu seru-pandu, yang mana ada sejumlah daripada mereka bersangka bahawa terdapat masalah dari segi jumlah pemandu ataupun penghantar makanan yang sedikit.
Masalah-masalah lain termasuklah tidak boleh mengakses aplikasi, lokasi pickup ataupun penerimaan barang tidak berfungsi dengan betul dan juga fungsi carian yang tidak berfungsi dengan baik.
Grab Malaysia dilihat sedar akan masalah yang sedang dihadapi oleh orang ramai, dan sedang dalam proses untuk memperbaikinya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment