Google Kini Menguji Sama Ada Chrome 100 Akan Membawa Masalah Pelayaran Atau Tidak
Google pada minggu ini telah pun memperkenalkan Chrome 96 secara rasminya untuk pengguna desktop dan juga Android. Selari dengannya, kini Google turut dalam persediaan untuk memperkenalkan Chrome 100 dalam masa beberapa bulan sahaja lagi – apatah lagi dengan jadual pembangunan versi baharu setiap 4 minggu yang telah diguna-pakai oleh Google.
Selari dengannya, kini Google turut menyertakan eksperimen baharu pada pelayar web, membolehkan pengguna menguji sama ada versi Chrome 100 akan membawa kepada masalah pelayaran atau sebaliknya.
Hal ini adalah kerana pengenalan pelayar web akan berubah daripada kebiasaan dua digit kepada tiga digit – sekaligus mungkin membuatkan beberapa laman web tidak mengenalinya, serta membuatkan pengguna tidak dapat melayari dengan baik.
Disebabkan hal berkenaan, kini pasukan Chrome menguji penggunaan tiga angka, yang mana pengguna boleh aktifkan dengan ke halaman Chrome Flags, dan mengaktifkannya.
Bagi anda yang ingin mengujinya, boleh menaip chrome://flags/#force-major-version-to-100 pada bar URL Chrome anda, dan mengaktifkannya hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment