Apple Masih Sedang Membangunkan Pengecas Nirwayar Multi-Peranti
Sebelum ini, Apple sedia mengumumkan pengecas nirwayar multi-peranti dinamakan AirPower, namun membatalkan pengenalannya, mengatakan ia tidak menawarkan pengalaman yang baik ketika itu.
Kini, menurut laporan Bloomberg, pihak Apple masih sedang aktif membangunkan pengecas nirwayar multi-peranti mereka.
Dengan langkah ini, pengguna boleh mengecas pelbagai peranti mereka secara nirwayar pada waktu serentak. Hal ini amat diperlukan pada hari ini, memandangkan iPhone, AirPods, dan juga Apple Watch pada ekosistem sama dan memerlukan pengecasan hampir pada penghujung setiap hari.
Menariknya, Apple juga dilaporkan berminat dalam menawarkan pengecasan pada jarah jauh – sekaligus membolehkan peranti berada pada jarak dan bukan pada pad pengecasan.
Satu lagi kaedah yang diperkatakan sedang dilihat oleh Apple adalah kebolehan peranti mengecas peranti lain. Dengan langkah ini, sebuah iPad boleh menawarkan kuasa bateri kepada iPhone atau Apple Watch berdekatan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan penyelesaian pengecas nirwayar multi-peranti mereka. Memandangkan Apple telah mula memfokuskan kepada MagSafe, tidak mustahil kita melihat penawaran pengecas multi-peranti mereka hadir dalam setahun dua ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment