DNB Menjawab Kenapa Masih Tiada Syarikat Telekomunikasi Bersetuju Menggunakan Rangkaian 5G
Digital Nasional Berhad (DNB) kini memberikan maklumbalas kepada sebuah laporan baharu yang telah diterbitkan oleh Reuters.
Menurut Reuters, syarikat telekomunikasi masih belum memeterai perjanjian bersama DNB, daan turut mengatakan syarikat telekomunikasi berdepan dengan kemerosotan nilai.
Namun, menjawabnya, DNB kini menjelaskan yang mana perbincangan untuk pelancaran 5G bersama syarikat telekomunikasi masih berjalan, dan tiada penyertaan setakat ini. Namun, hal ini adalah kerana Tawaran Akses Rujukan masih belum diterbitkan lagi.
Tawaran Akses Rujukan aatau RAO dijangka diterbitkan mengikut Standard Akses Mandatori akan dimuktamadkan menjelang akhir November, selepas mendapat kelulusan SKMM.
Rundingan komersil dengan syarikat telekomunikasi dijangka dimuktamadkan selepas itu. DNB menjelaskan, oleh itu, penyertaan syarikat telekomunikasi hanya akan berlaku selepas itu.
Pada masa yang sama, DNB menekankan yang mana harga kos yang ditanggung untuk setiap GB rangkaian 5G adalah jauh lebih rendah berbanding kos ditanggung rangkaian 4G pada hari ini.
DNB turut mengatakan harga saham semua syarikat telekomunikasi tersenarai mengatasi prestasi Indeks Komposit KLSE sejak pengumuman pembentukan DNB.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment