Apple Watch Edisi Tahan Lasak Dijangka Hadir Pada 2022
Apple pada hari ini sedia menawarkan Apple Watch dan juga Apple Watch SE. Untuk tahun 2022, Apple dijangka menambah satu lagi variasi Apple Watch, yang dikatakan akan hadir dengan rekaan tahan lasak.
Pada hari ini, Apple sedia bekerjasama dengan NIKE untuk penawaran edisi sukan, namun, untuk tahun 2022, ia dilihat akan hadir dengan rekaan tahan lasak ditujukan untuk para atlet, dan untuk mereka yang sering lakukan aktiviti lasak.
Ia dijangka hadir dengan rekaan kerangka luaran yang lebih tahan terhadap calar, terjatuh, dan sebagainya.
Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan edisi baharu Apple Watch ini dalam bulan-bulan akan datang.
Apple sering memperkenalkan jam tangan pintar mereka sekitar bulan September – bersama-sama pengenalan iPhone generasi baharu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment