Spotify Membuang Ratusan Kandungan Komediri Kerana Isu Royalti
Apakah Spotify? Platform penstriman muzik? Gedung buku audio? Tempat simpanan podsiar? Kesemua jawapan di atas adalah betul kerana pada waktu ini Spotify ialah platform penstriman audio dengan jumlah penggunaan tertinggi melebihi 400 juta. Tetapi jumlah kandungan audio yang boleh distrim menerusi Spotify berkurangan sedikit hujung minggu lalu selepas ratusan kandungan komediri telah ditarik menurut laporan WSJ.
Kandungan komediri dari Kevin Hart, Tiffany Haddish dan ramai lagi tidak lagi ditawarkan kerana isu pembayaran royalti dengan syarikat pengurusan Spoken Giants. Perbincangan mengenai pembayaran royalti gagal mendapatkan persetujuan dan kandungan dari komediri terkemuka di bawah pengurusan Spoken Giants telah ditarik. Spotify mengatakan mereka telah membayar wang royalti yang banyak kepada komediri dan masih menyimpan hasrat menawarkan kandungan mereka dalam masa terdekat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment