BANTAHAN KENAIKAN HARGA : Akhir Sekali, Sesudah 51 Tahun Kena Tipu, Protes Orang Melayu Hampiri Sasaran ..Tetapi Hampiri Saja..Masih Belum Kena Sasaran..
Kita
Melayu Itu sedia di cucuk hidungnya
yang memegang talinya juga Melayu.
Mencium tangan dengan senyum,
Melutut menyembah dengan bangga,
Asal yang berdiri Melayu kayangan..
Asal yang berdiri jutawan berjawatan
Melayu gembira diikat tidak bertali,
Minda di kurung bangsa sendiri.
Dulu di perhamba dengan adat,
Kini dipertunggang dengan slogan.
Takutkan guruh di balik bukit,
Dipimpin pemimpin yang memekik
“ Kitalah Tuan! Kitalah Melayu!”
Bila balik berdepan anak bini
Esok bayar sewa, kereta dan ceti
- Oleh Melayu Anonymous
Saya telah menerima video berikut dalam WhatsApp. Video ini baru lagi. Ia menunjukkan sekumpulan orang bantah harga barang naik.
Apabila Abdullah Badawi menjadi PM saya, Syed Akbar Ali serta kawan-kawan peniaga di Masjid India telah mengadakan protest march atau bantahan terbuka terhadap rasuah dan penipuan Bazar Ramadan oleh DBKL di kawasan kami (saya dah lupa tahun berapa). Akhbar cium bontot Dollah Badawi telah siarkan gambar saya dengan ungkapan 'Syed Akbar Ali leading the protest'. Saya mengaku lah saya yang merancang protes itu, termasuk menulis 'slogan' pada sepanduk dan poster-poster yang kami pegang pada hari itu. Tindakan kami itu telah menjadi "first public protest" dalam zaman zalim dan rasuah Dollah Badawi.
VIDEO BANTAHAN HARGA BARANG NAIK
Begitu juga protes 'Harga Barang Naik' di bawah ini oleh orang dalam video ini menjadi bantahan umum atau public protest yang pertama (dalam 100 hari pertama - within first 100 days) di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob. Sabri jadi PM pada 20hb Ogos 2021.
Majoriti orang dalam video ini adalah Melayu. Saya yakin inilah protes yang pertama sejak 1970 (Dasar Ekonomi Baru) ataupun sejak Merdeka (1957) di mana ramai orang, majoritinya orang Melayu telah membantah secara khusus kenaikan harga barang.
Saya percaya protes seperti ini akan berterusan dan akan menjadi bertambah rancak. Sebabnya adalah paling mudah - orang ramai, terutama sekali orang Melayu, makin kritikal menghadapi kos sara hidup yang sudah pun melambung.
PELUANG PEKERJAAN MAKIN TIPIS, SWASTA BUANG PEKERJA, POTONG GAJI
Peluang kerja pula tak ada. Yang bekerja pun ramai part time, kerja gig economy (hantar food delivery), hantar barang kurier, kerja kampong dsbnya.
Kecuali mereka yang menjadi Penjawat Awam atau kerja GLC. Mereka-lah kaum bourgeoisie atau "members of the middle class" di kalangan Melayu. Yang bertugas di universiti IPTA, cikgu sekolah, polis, askar, jabatan kerajaan dsbnya. Mereka bukan saja mendapat gaji tetap, elaun dan pencen tetapi gaji mereka agak lumayan.
Sektor swasta (private sector) sudah terpaksa buang pekerja, kerja separuh masa, bayar gaji separuh, potong gaji, tidak ada kenaikan gaji dan tidak ada bonus.
Tetapi bagi Penjawat Awam pula kerajaan akan tambahkah pengambilan penjawat awam (Pejabat PM saja ambil TIGA penasihat baru dengan gaji RM50,000 sebulan). Semua Penjawat Awam dan pekerja GLC masih dapat kenaikan gaji, tambah elaun, janji bayar elaun khas Penjawat Awam (ikut Budget 2022), dapat pencen dan mungkin boleh dapat bonus sekali.
HARGA KERETA ANTARA YANG TERMAHAL DI DUNIA
Ok Tuan-Tuan di sini elok kita rujuk berita 'harga barang naik' sekali lagi.
spare parts prices for all vehicles to increase up to 60%
supply issues, increasing transportation costs
cause anxiety among workshop owners, financial pressures on vehicle owners
import taxes and delivery charges on these products
- air-cond refrigerant RM300 / cylinder to beyond RM400 / cylinder
- tyres increased 35% - 60%
- engine oil prices increased more than 15%
Oleh kerana kerajaan meletakkan cukai yang tersangat tinggi atas kereta impot dan spare part impot maka harga kereta dan harga spare parts juga akan naik. Jadi ini adalah salah kerajaan yang meletakkan cukai yang sangat tinggi.
Berapa tinggi-kah cukai impot kereta dan cukai impot spare parts? Kita bandingkan harga kereta antara Pulau Langkawi dan Tanah Semenanjung. Kita rujuk Paul Tan sekali lagi:
Inilah kereta Lotus Emira.
Harga di Semenanjung adalah RM1.13 JUTA.
Tetapi di Langkawi RM457 ribu pula !!
Maksudnya sebab cukai kereta begitu tinggi, maka kita di Semenanjung (yang mengundi kerajaan) terpaksa bayar harga kereta yang tinggi yang sebenarnya cukup duit untuk beli 2.5 biji kereta yang sama di Langakwi.
Tuan-Tuan percayalah hanya orang bodoh yang sanggup diperbodohkan seperti ini.
BANTAHAN HARGA BARANG PERLU MENEPATI SASARAN
Jadi bagi Tuan-Tuan yang bantah Harga Barang Naik itu, Tuan-Tuan kena menepati lagi sasaran. (Saya faham harga semua barang makin naik tetapi kita juga perlu suluhkan serta menyoal kenapa harga kereta begitu mahal berbanding pasaran dunia - atau di Langkawi. Kenapa harga beras gred tertentu mahal berbanding negara lain dan apakah perbandingan harga untuk talian Internet berbanding negara lain).
Sila bangkitkan isu harga kereta yang tersangat mahal dalam negara kita. Harga kereta yang tersangat mahal adalah untuk bayar cukai yang tinggi kepada Kerajaan dan bayar upah AP kepada kaum-kaum elit yang pegang AP.
Kita rakyat 33 juta kena suffer so that depa yang sangat sikit bilangannya boleh kaya.
Dan bantah-lah monopoli dan oligopoli yang memiskinkan orang Melayu marhaen yang ramai tetapi memperkayakan kaum-kaum elit yang sikit.
APA SUDAH JADI KARTEL DAGING?
Jangan lupa bangkitkan isu kartel daging. Apa sudah jadi kartel daging yang kontrol impot daging sejak berpuluh tahun ini? Harga daging kambing tempatan sudah sampai RM68 satu kilo. Bantah-lah kartel-kartel ini. Kita tidak mahu monopoli oleh sesiapa pun. Robohkan segala jenis tembok penghalang seperti AP, permit, lesen, cukai dan duti ke atas impot barang makanan. Isu barang makanan ini sensitif sebab makanan adalah keperluan asas bagi kita hidup.
Sila baca sedikit lagi berita berikut. Tuan-Tuan kena tipu lagi.
Keluarkan lebih banyak makanan, henti pengeluaran AP, kata aktivis
Presiden Fomca Marimuthu Nadason bimbang kenaikan harga makanan import
negara terlalu bergantung kepada makanan impot
2020 negara import makanan RM55.4 bilion, 2019 RM51.46 bilion
pengeluaran permit import AP barang makanan perlu dihentikan
mempersoalkan keperluan AP untuk import makanan
AP untuk mangga, kelapa, betik, berjenis sayur, daging, 9 jenis makanan laut
gesa pengeluaran makanan tempatan dipertingkatkan
tanah seluas 103,563 ekar di Malaysia terbiar
Tuan-Tuan orang kaya ini tentu saja ada jawapan kenapa perlu AP untuk betik, kelapa, mangga, sayur dan makanan laut tertentu. Depa kata AP itu untuk menjaga perniagaan pengeluar tempatan. To protect local producers.
Tetapi kalau nak protect local producers, kenapa tidak haramkan terus import barang makanan ? Problem is solved. Tak boleh macam itu. Orang kaya yang pegang AP ini nak buat duit lagi.
AP itu masih dikeluarkan tetapi untuk import barang makanan yang dimakan oleh orang lain. Bukan makanan rakyat marhaen. Barang makanan yang "lebih mahal" - contohnya buah mangga dari India yang sangat digemari ramai orang termasuk orang India. Ataupun ikan salmon import yang mahal juga. Atau makanan laut lobster, Japanese spider crab yang mahal harganya. Atau ''turkey" (ayam belanda) yang menjadi kegemaran pada musim Krismas. Barang makanan seperti ini perlukan AP.
Oleh kerana negara kita tidak mengeluarkan barang makanan ini tetapi ada juga permintaan atau demand untuk mengimport ayam belanda, Indian mango dsbnya maka orang yang pegang AP itu akan jadi kaya.
Bayangkan pada 2020 negara kita import barang makanan sebanyak RM55.4 bilion.
Jadi bagi kaum elit yang pegang AP import barang makanan ini, lagi banyak jumlah import barang makanan maka lagi kaya lah mereka. Kaya atas angin - dapat duit buta.
Tuan-Tuan apa yang akan berlaku jika tiada AP (atau cukai tinggi gila) untuk barang makanan import?
Jawapannya harga barang makanan import akan menurun. Lebih ramai orang akan mampu membeli buah mangga India atau ayam belanda import (contohnya) atau lobster import. (Serupa juga ceritanya dengan AP dan cukai tinggi untuk import kereta).
Maka dengan sendirinya harga semua jenis makanan dalam negara kita akan terpaksa mengurang atau menjaga harga jualan sebab pengguna (Tuan-Tuan lah) ada pilihan untuk membeli makanan import yang lebih murah.
Pendek kata persaingan atau competition akan bertambah sengit. Rakyat marhaen akan beruntung kerana rakyat marhaen akan mempunyai pilihan harga yang lagi banyak.
Jadi inilah cara terbaik untuk mengurangkan harga barang makanan. Hapuskan segala monopoli, oligopoli, segala AP, permit, lesen nelayan laut dalam, lesen bela ikan dalam sangkar dan kolam, cukai tinggi gila serta segala jenis halangan, benteng, tembok tinggi dan pagar berduri yang semuanya bersekongkol untuk memperkayakan kaum elit yang sikit dan memiskinkan Tuan-Tuan rakyat marhaen yang ramai.
Bantahlah terlalu banyak kezaliman ekonomi yang sudah begitu keras dalam negara kita.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment