Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip Snapdragon 8cx Gen 3 dan 7c+ Gen 3 Diumumkan Untuk Komputer Riba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip Snapdragon 8cx Gen 3 dan 7c+ Gen 3 Diumumkan Untuk Komputer Riba


Jika semalam tumpuan diberikan kepada SOC Snapdragon 8 Gen 1 untuk peranti mudah alih Android, pagi ini Qualcomm melancarkan dua lagi cip baharu untuk digunakan oleh komputer riba Windows dan Chromebook. Snapdragon 8cx Gen 3 ialah cip yang paling mercu setakat ini dengan perubahan dilakukan pada teras Kryo utama bagi memberikan peningkatan prestasi sehigga 80% berbanding generasi terdahulu.

Cip dihasilkan menggunakan teknologi 5nm yang menjanjikan peningkatan prestasi pemproses tetapi pada waktu yang sama mengurangkan penggunaan tenaga. Menerusi GPU Adreno yang disertakan pula, sokongan permainan video 1080p sehingga 120 FPS boleh dinikmati. Peningkatan prestasi GPU adalah dianggarkan mencecah 60% berbanding generasi terdahulu. Kesemua ini dapat dinikmati bersama dengan sokongan rangkaian 5G serta WiFi 6E.

Kemampuan kecerdasan mencecah 29 TOPs pula meletakkan cip ini sehingga 3 kali ganda lebih berkuasa dalam keperluan kecerdasan buatan. Ini adalah perlu dalam penggunaan perisian telesidang sekarang kerana proses mengaburkan atau mengubah latar belakang memerlukan kuasa pemprosesan kecerdasan buatan yang tinggi. Tidak berakhir di situ, cip Snapdragon 8cs Gen 3 turut menyokong sehingga 4 kamera serta rakaman video sehingga 4K pada peranti yang menggunakannya. Lenovo dan Motorola akan menjadi dua pengeluar terawal menggunakan Snapdragon 8cx Gen 3 pada peranti keluaran mereka.

Seterusnya ialah cip Snapdragon 7c+ Gen 3 yang menyasarkan penggunaan pada pada komputer riba Windows dab Chromebook kelas pertengahan. Ia menjanjikan peningkatan prestasi CPU sehingga 60% dan GPU sehingga 70% berbanding generasi terdahulu. Prestasi kecerdasan buatan pula ialah 6.5 TOPS.

Menerusi modem Qualcomm X53, rangkaian 5G Sub 6Ghz dan mmWave sehingga 3.7 Gbps boleh dinikmati bersama dengan WiFi 6E sehingga 2.9 Gbps. Peranti pertama menggunakan Snapdragon 7c+ Gen 3 akan dilancarkan pada separuh tahun pertama 2022.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.