Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bauhutte Memperlihatkan Peranti Mengurut Tangan Untuk Gamer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bauhutte Memperlihatkan Peranti Mengurut Tangan Untuk Gamer


Bauhutte ialah sebuah jenama aksesori gaming dari Jepun yang tidak asing lagi dengan memperlihatkan sejumlah aksesori, peranti dan perabot yang dibangunkan khusus untuk golongan gamer.

Terkini, mereka telah memperlihatkan aksesori terbaru mereka, iaitu sebuah mesin mengurut tangan yang boleh digunakan untuk mengurut pergelangan, tapak tangan dan juga jari-jemari anda. Aksesori baru ini, yang dinamakan MSG-01H-BK menggunakan beg udara untuk tujuan ini, dan boleh digunakan untuk mengurut kedua-dua tangan kiri dan kanan pengguna.

Malah, ia juga hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti mod mengurut ibu jari, dan juga hadir dengan fungsi pemanas terbina, yang bukan sahaja bagus untuk memanaskan tangan pada musim sejuk, tetapi juga menurut Bauhutte, boleh digunakan untuk meregangkan otot jari dan tangan sebelum memulakan sesi gaming, seperti anda memanaskan badan sebelum bersukan.

Menurut Bauhutte juga, mesin urut tangan MSG-01H-BK ini hadir dengan 15 zon mengurut dengan tiga tetapan tekanan mengurut, fungsi mengurut satu-satu jari-jemari dan juga hadir dengan pemasa 10 minit.

Mesin urut tangan gamer Bauhutte MSG-01H-BK ini sudahpun mula dijual di Jepun pada harga $145 ataupun sekitar RM610.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.