Hi! Welcome Back and Stay Tune! Micron Mengesahkan Bekalan Memori DDR5 Tidak Mencukupi Kerana Komponen Bukan Memori - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Micron Mengesahkan Bekalan Memori DDR5 Tidak Mencukupi Kerana Komponen Bukan Memori


Sekiranya anda mengikuti perkembangan isu bekalan komponen elektronik dunia, anda akan tahu bahawa masalah terbesar yang dihadapi oleh pembuat-pembuat komponen bukanlah cip memori ataupun pemprosesan yang memerlukan teknologi pembuatan terbaru, tetapi bekalan komponen-komponen elektronik mudah yang semakin meningkat permintaannya oleh pelbagai jenis industri.

Masalah yang sama inilah yang kini dilihat membelenggu Micron, syarikat pembuat komponen dan aksesori berasaskan memori dan storan dengan isu memori DDR5. Menurut Micron, modul memori DDR5 bukanlah isu mengapa bekalan batang memori DDR5 tidak boleh dikeluarkan dengan lebih meluas.

Isu yang lebih besar ialah komponen-komponen seperti PMIC (Power Management Integrated Circuit) dan juga VRM (Voltage Regulator Module) yang mengawal kuasa dan voltan elektrik yang dialirkan kepada komponen-komponen ini. Pada tahun 2020 dan 2021, oleh kerana pelbagai jenis industri dilihat mahu membangunkan bahagian-bahagian elektronik mereka sendiri, bekalan untuk komponen-komponen tersebut dilihat tidak mencukupi untuk industri komputer pengguna.

Permintaan yang tinggi, digabungkan dengan isu COVID-19 yang membelenggu negara-negara seperti Malaysia yang membekalkan komponen-komponen seperti ini menyebabkan sekatan terhadap bekalan batang memori DDR5 daripada dikeluarkan dengan lebih meluas, walaupun Intel dilihat banyak mengeluarkan CPU-CPU generasi ke-12 mereka yang menyokong memori ini.

Walaupun begitu, Micron menjangkakan bahawa bekalan untuk komponen-komponen ini akan kembali pulih ke tahap sediakala pada tahun 2022 ini, apabila kilang-kilang tersebut mula beroperasi pada tahap optimum semula.

Sumber: Tom’s Hardware



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.