Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem Cetak Rompak Spider-Man: No Way Home Dilihat Cara Terbaru Untuk Menyebarkan Perisian Hasad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem Cetak Rompak Spider-Man: No Way Home Dilihat Cara Terbaru Untuk Menyebarkan Perisian Hasad


Filem Marvel terbaru, Spider-Man: No Way Home dilihat sebagai salah satu filem paling laris jualan tayangannya dalam sejarah MCU, dan walaupun begitu, ia dilihat bahawa terdapat ramai juga yang mencetak rompak filem tersebut kerana waktu tayangannya yang berbeza bergantung kepada negara.

ReasonLabs, syarikat penyelidik sekuriti mengeluarkan amaran bahawa pihak penggodam kini menggunakan populariti filem tersebut untuk menyebarkan pelombong kriptowang Monero melalui fail torrent filem Spider-Man terbaru tersebut.

Menurut syarikat tersebut, pelombong ini dilihat memasang dirinya sendiri, dan boleh memberi akses yang membolehkannya melangkaui sistem keselamatan Windows Defender, dan kemudiannya menggunakan sumber komputer untuk melombong kriptowang di latar belakang.

Ia dilaporkan bahawa walaupun pelombong kriptowang ini baru sahaja diperkenalkan seminggu yang lalu, penggodam yang memperkenalkannya dianggarkan telah berjaya melombong kriptowang Monero ini sebanyak $750 juta (~RM3.1 bilion).

Syarikat tersebut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat-turun filem-filem cetak rompak kerana ia merupakan vektor jangkitan komputer yang masih lagi sangat tinggi peratusannya apabila dibandingkan dengan cara-cara godaman yang lain.

Sumber: ZDNet



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.