Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksesori Audio Baharu Xiaomi Turut Akan Diperkenalkan Pada 28 Disember Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksesori Audio Baharu Xiaomi Turut Akan Diperkenalkan Pada 28 Disember Ini


Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya kira-kira beberapa hari lagi, namun itu tidak menghalang Xiaomi untuk hadir dengan penawaran produk baharu buat pengguna. Sebuah acara pelancaran produk telah dijadualkan berlangsung pada 28 Disember ini dan mereka bukan sekadar hadir dengan peranti pintar dan jam tangan pintar. Sebaliknya, rangkaian aksesori audio Xiaomi turut akan dikemaskini.

Ia berikutan terdapatnya poster acah baharu yang telah dimuat-baik menerusi Weibo, sebentar tadi. Ia menunjukkan fon telinga dengan kemasan serba hitam. Dari segi reka bentuk, ia menampilkan fon jenis dalam telinga bersama pod pengecas yang berbentuk bujur. Seterusnya, bahagian hadapan pod pengecas juga terdapatnya satu lampu indikator. Di mana, ia mungkin berfungsi sebagai penunjuk status tambatan dan bateri.

Setakat ini, tiada butiran mengenai spesifikasinya yang dikongsi. Tetapi, fon telinga ini dikatakan bakal menyokong sistem pembatalan hingar yang dipertingkatkan bersama audio HiFi untuk pengalaman pendengaran audio lebih baik. Fon telinga ini juga mungkin dinamakan sebagai Mi True Wireless 3 dan segala tentangnya bakal terjawab esok. Nantikan.

Sumber : Weibo Xiaomi



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.