iPhone SE 3 Mungkin Akan Hadir Dengan Dua Variasi – iPhone 5G Paling Mampu Milik?
iPhone adalah antara telefon pintar yang sedia menyokong 5G, tetapi di Malaysia ia tidak boleh digunakan lagi kerana tetapan rangkaian 5G untuk iPhone masib belum selesai. Pasaran Android, peranti 5G sudah pun ada banyak sehingga sukar untuk ingat yang mana satu yang mana.
Tahun hadapan, kita semua sudah dengar yang Apple akan melancarkan iPhone SE 2022 atau iPhone SE 3 sebagai iPhone 5G paling mampu milik. Peranti ini akan dijana cip Apple A15 Bionic, masih mempunyai Touch ID, skrin LCD serta rekabentuk sama iPhone SE 2020.
Apple juga dikhabarkan akan hadir dengan sebuah lagi iPhone SE 3 5G bersaiz lebih besar. Saiz kecil dengan skrin 4.7-inci dikatakan akan hadir dengan memori 3GB RAM, manakala saiz besar yang dikatakan adalah iPhone SE 3 Plus akan hadir dengan memori 4GB RAM.
Tidak pasti sama ada model besar akan menggunakan rekaan sama atau mengambil rekaan iPhone XR yang ada dilaporkan sebelum ini. Sumber turut mendakwa yang Apple tidak memperlahankan proses pembangunan dan produksi iPhone SE 3 ini. Apple dikatakan bersungguh-sungguh untuk memastikan iPhone baharu ini akan dilancarkan seawal suku pertama 2022.
Harga jualan iPhone SE 3 ini dikatakan adalah antara iPhone 5G paling mampu milik. Ia mungkin akan dijual pada harga sekitar $269 atau $399 iaitu sekitar RM1136 – RM1685.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment