Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Memperkenalkan Siri Kad Grafik GeForce RTX 2050, MX550 Dan MX570 Untuk Komputer Riba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Memperkenalkan Siri Kad Grafik GeForce RTX 2050, MX550 Dan MX570 Untuk Komputer Riba


NVIDIA baru-baru ini telah memperkenalkan tiga model kad grafik baru yang dibangunkan khusus untuk komputer riba kelas nipis dan ringan yang tidak menggunakan begitu banyak kuasa. Tiga kad grafik ini termasuklah NVIDIA GeForce RTX 2050, NVIDIA GeForce MX570 dan juga NVIDIA GeForce MX550.

Walaupun diperlihatkan secara rasmi di laman web NVIDIA, spesifikasi mengenai ketiga-tiga kad grafik ini belum diumumkan secara rasmi. Laman web Computerbase mengatakan bahawa GeForce RTX 2050 dan GeForce MX570 menggunakan cip grafik Ampere, manakala GeForce MX550 menggunakan cip pemprosesan grafik Turing yang digunakan untuk siri GPU GeForce RTX 2000.

Menariknya, kesemua kad-kad grafik ini dilihat akan hadir dengan memori GDDR6, dan dijangka akan menawarkan prestasi grafik yang lebih baik berbanding model-model siri GeForce MX sebelum ini. Walaupun begitu, penawaran komputer riba dengan kad-kad grafik ini hanya akan ditawarkan pada suku kedua tahun 2022 kelak.

Sumber: NVIDIA



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.