Kapal Angkasa NASA Berjaya Mencapai Lapisan Korona Matahari
NASA kini mengumumkan catatan sejarah tersendiri apabila prob yang dihantar mereka menjadi kapal angkasa pertama yang memasuki lapisan atmosfera paling luar untuk matahari, atau laposan koronanya.
NASA sebelum ini telah menghantar Parker Solar Probe ke matahari dalam misi lebih memahami bintang berkenaan. Kapal angkasa berkenaan dikatakan mampu bertahan suhu melangkaui 1400C, serta pada masa yang sama menawarkan ketahanan radiasi yang sangat tinggi.
Dengan memasuki lapisan korona matahari, prob ini berjaya mendapatkan sampel partikel dan juga medan magnet di sana untuk kajian lanjut.
Matahari dikatakan tidak mempunyai lapisan permukaan yang padat seperti Bumi, dan pada masa yang sama mempunyai atmosfera yang sangat panas berasaskan bahan solar yang terikat dengan matahari melalui graviti dan daya magnet.
Lapisan korona matahari ini dikatakan terletak pada jarak sekitar 10 ke 20 solar radii daripada permukaan matahari – iaitu sekitar 6.9 km ke 13.84km.
Dengan mengkaji lapisan korona ini, ia dijangka saintis akan mempelajari bagaimana angin suria terbentuk, selain sejumlah perkara lain yang membolehkan kajian berkenaan bagaimana matahari terbentuk dan peranannya dalam sistem suria dikaji lanjut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment