Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tesla Menyahaktifkan Mod Permainan Video Ketika Kenderaan Bergerak Selepas Disiasat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tesla Menyahaktifkan Mod Permainan Video Ketika Kenderaan Bergerak Selepas Disiasat


Beberapa minggu yang lalu Tesla memberikan ciri Passenger Play yang membolehkan permainan video dimainkan pada sistem infohibur ketika kenderaan sedang bergerak. Dengan sepantas kilat ciri ini disalahgunakan oleh pemilik Tesla untuk pemandu turut memainkan permainan video ketika kenderaan bergerak. Akibatnya mereka disiasat oleh Agensi Keselamatan Lebuh Raya (NHTSA) kerana ciri ini membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sejurus selepas siasatan dimulakan, Tesla memberikan kemas kini yang mengaktifkan mod Passenger Play pada kesemua kenderaan yang layak menerimanya. Kini permainan video hanya boleh dimainkan apabila kenderaan tidak bergerak seperti sistem terdahulu.

Tesla berhadapan dengan pelbagai siasatan tahun ini berkait rapat dengan sistem swapandu mereka yang diberikan kepada pemilik walaupun di tahap beta. Isu bateri dan sistem swapandu juga menyebabkan kenderaan Tesla diharamkan dari digunakan di lebuh raya di China atas sebab keselamatan.

Sumber AP



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.