Laman Pengurusan Bencana JKR Memudahkan Anda Menyemak Keadaan Dan Status Laluan Jalan Raya
Jabatan Kerja Raya menyediakan sebuah portal khas bagi memudahkan para pengguna merujuk keadaan semasa jalan-raya, dinamakan “Laman Pengurusan Bencana JKR”.
Melalui portal khusus ini, pengguna boleh melihat keadaan semasa jalan raya, melibatkan banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, dan juga jambatan yang rosak atau runtuh.
Laman khas ini dikemaskini setiap masa, dan turut memperlihatkan keadaan semasa jalan raya – sama ada boleh digunakan untuk perjalanan atau sebaliknya. Anda juga boleh membuat tapisan mengikut jenis bencana, atau mengikut negeri untuk melihat dengan lebih dekat keadaan di sesuatu lokasi.
Bagi anda yang merancang sebarang perjalanan keluar, boleh menyemak jalan raya yang anda akan lalui, dan mengelak sekiranya ia tertutup atau terkesan dengan bencana.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment