Vivo Y23 Dilancarkan Sebagai Peranti Pertama Dengan Snapdragon 680
Vivo Y23 dilancarkan minggu ini sebagai telefon pintar pertama menggunakan cip Snapdragon 680. Peranti dilengkapi skrin 6.51″ IPS LCD, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan semula 18W.
Kamera utama sebesar 13+2 MP manakala kamera swafoto 8MP. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasi Android 11 digunakan bersama dengan pelancar OriginOS 1.0. Kerana cip Snapdragon 680 digunakan, Y23 hanya menyokong rangkaian 4G sahaja pada waktu ini. Di China ia dijual pada harga RMB 1,399 (~RM 925) dalam pilihan warna putih dan hitam.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment