Matter Ingin Menyeragamkan Protokol Menyiarkan Kandungan Dari Telefon Ke Televisyen Pintar
Ada beberapa cara kandungan dari telefon pintar boleh disiarkan ke televisyen pintar di rumah. Di Android Google Cast terbina terus pada sistem dan pada produk Apple pula AirPlay digunakan. Protokol lain wujud seperti Miracast yang tidak kurang popular. Yang pasti dengan wujudnya pelbagai format tidak semua televisyen pintar mampu menyokongnya. Masalah ini akan selesai kelak dengan penyeragaman oleh Matter menurut laporan The Verge.
Matter sedang membangunkan sebuah protokol baharu untuk televisyen pintar. Protokol sebenarnya dibangunkan oleh Amazon yang pada waktu ini tidak mempunyai protokol sendiri pada aplikasi mereka seperti Prime Video. Selain akan menyeragamkan ciri menyiarkan kandungan peranti pintar ke TV pintar, ia juga boleh digunakan untuk menyiarkan pelbagai notifikasi ke televisyen. Matter akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2022 untuk menyeragamkan protokol peranti berhubung IoT di rumah.
Ia telahpun menerima sokongan syarikat besar seperti Amazon, Apple, Comcast, Google, SmartThings, dan Connectivity Standards Alliance. Dengan satu protokol untuk semua, ia akan mengurangkan pening kepala. Misalnya protokol AirPlay hanya disokong beberapa model keluaran LG dan Samsung.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment