Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perisian Menggunakan Kecerdasan Buatan Meramal Bila Cakera Keras Akan Mengalami Kegagalan Dibangunkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perisian Menggunakan Kecerdasan Buatan Meramal Bila Cakera Keras Akan Mengalami Kegagalan Dibangunkan


Cakera keras semakin banyak digantikan dengan SSD yang lebih pantas pada komputer. Walaupun pantas kerana harganya yang mahal, ramai masih menggunakan cakera keras sebagai storan sekunder kerana mempunyai ruang yang lebih besar. Antara isu paling menakutkan pemilik komputer ialah cakera keras yang mati secara mengejut menyebabkan semua data yang disimpan hilang.

Perisian DA Drive Analyzer telah dibangunkan oleh QNAP untuk menyelesaikan masalah ini. Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk meramal bilakah sesebuah cakera keras akan mengalami kegagalan. Selepas perisian dipasang, ia akan menganalisa cakera keras pemilik selama 14 hari.

Kemudian data akan sentiasa dibandingkan dengan data dari jutaan cakera keras dalam pangkalan data. Berdasarkan prestasi cakera keras, ia boleh meramal bilakah kegagalan akan berlaku sekaligus membolehkan pemilik melakukan sandaran data sebelum terlambat.

Perisian walau bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh pengguna QNAP NAS dengan bayaran bulanan $5 dikenakan setiap bulan untuk setiap cakera keras.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.