Pelbagai Soundbar Dari Samsung Untuk Menonton Filem Dan Gaming
Apabila anda membeli TV, kadangkala anda rasa tidak puas dengan pembesar suara pada televisyen anda. Ia mungkin kerana anda rasakan tidak cukup, atau memerlukan kualiti suara yang berlipat ganda. Untuk itu, Soundbar merupakan salah satu kategori audio yang makin popular dalam pasaran tempatan.
Bagi Samsung, menawarkan Soundbar bukanlah bermaksud pembesar suara yang ada dengan TV adalah tidak mencukupi, namun ia melengkapi dan memenuhi keperluan mereka yang ingin kualiti bunyi yang memenuhi ruang tamu.
Ini kerana dengan rekaan Soundbar itu sendiri, ia terdapat teknologi akustik yang memberikan lebih kejituan pada runut bunyi terhasil. Untuk menamatkan tahun 2021, Samsung telah hadir dengan pelbagai Soundbar baharu yang pastinya menepati citarasa anda.
Soundbar S60A – 200W RM 1,399
SoundBar pertama yang diketengahkan Samsung pada tahun 2021 adalah S60A yang mempunyai kuasa sebanyak 200W, dengan pembesar suara yang membawakan teknologi pembesar suara Side Horn Acoustic Beam di bahagian tepi peranti ini. Teknologi ini membolehkan bunyi memenuhi ruang tamu anda dengan mudah kerana pembesar suara di bahagian tepi ini turut mempunyai pembesar suara twitter dan woofer bersamanya.
Seterusnya ia turut mempunyai pembesar suara dibahagian tengah, membolehkan runut bunyi pertuturan yang jelas dihasilkan. Anda juga boleh memberikan arahan suara kepadanya, sekiranya anda telah menambat telefon pintar anda kepadanya. Ia hadir dalam kemasan fabrik, berupaya menyesuaikannya dengan apa jua keadaan ruang tamu anda.
Soundbar Q600A – Untuk kegunaan Gaming – 3.1.2 CH RM 2,599
Jika anda mencari Soundbar untuk kegunaan gaming, tidak sah tanpa Subwoofer. Malah Soundbar ini juga mempunyai teknologi Dolby Atmos / DTS:X yang membolehkan bunyi dihasilkan dalam bentuk 3D, yang hadir dari semua arah.
Lebih menarik lagi, terdapat teknologi ‘Adaptive Sound’ yang akan memberikan runut bunyi bersesuaian dengan apa yang anda sedang tonton, menggunakan kecerdasan buatan terbina. Terdapat juga pilihan Game Mode Pro yang boleh menghasilkan bunyi lebih dinamik, mengikuti bentuk permainan yang sedang dimainkan.
Soundbar Q800A – 3.1.2CH / SpaceFit Sound / RM 3,999
Seterusnya adalah Soundbar Q800A yang dilengkapi teknologi SpaceFit Sound. Teknologi ini membolehkan Soundbar ini mengetahui ruang tamu anda, dan memberikan bunyi yang bersesuaian untuknya, sekaligus memastikan pengalaman bunyi yang lebih tepat dan jitu.
Ia juga dilengkapi teknologi Dolby Atmos / DTS:X untuk penghasilan bunyi 3D dari semua arah, dan turut dilengkapi keupayaan pengecaman arahan suara, membolehkan anda berinteraksi dan mengawal peranti menerusi arahan suara.
Soundbar Q950A – 11.1.4CH 616W Dolby Atmos/DTS:X RM 6,499
Sekiranya anda rasa perlukan bunyi yang lebih lantang dan bagus, mungkin ini pilihan anda. Ia menghasilkan bunyi pada 11.1.4Ch, memberikan segenap bunyi dari segala arah dalam ruang tamu anda. Soundbar ini juga hadir dengan dua pembesar suara nirwayar dan Subwoofer, bagi menghasilkan bunyi Bass yang lebih mendalam.
Dilengkapi dengan teknologi Dolby Atmos / DTS:X, ia membolehkan bunyi dihasilkan dalam segenap ruang. Memandangkan ia mempunyai pengkelasan Q, ia juga boleh diintegrasikan dengan TV menggunakan teknologi Q-Symphony. Teknologi SpaceFit Sound+ pula memastikan bunyi yang dihasilkan bersesuaian dengan ruang tamu anda.
Jelas sekali terdapat semua jenis Soundbar dari Samsung yang bersesuaian mengikut citarasa anda. Mereka turut mempunyai pelbagai lagi pilihan Soundar yang ada, dari kelas S, R, A, Q dan pelbagai lagi. Malah untuk tempoh terhad, Soundbar Q800A dijual pada harga RM 2,999 sewaktu berita ini ditulis.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment