Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis kesan peserta konvoi bantah kenaikan harga barang


 

Polis berkata konvoi berkenaan dikesan melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menghala ke Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan peserta yang terlibat dalam konvoi kenderaan membantah kenaikan harga barang yang berlangsung di sekitar ibu kota semalam untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Dellhan Yahaya berkata ia berikutan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung konvoi berkenaan.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 iaitu larangan berarak.

“Sebanyak lima kenderaan dikesan memasuki daerah Dang Wangi sambil melekatkan kertas di kenderaan masing-masing yang bertulis ‘rakyat tuntut tiga’, ‘Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kurangkan kaji lebihkan kerja’, ‘menteri hentikan komen tidak sensitif!’, ‘#3 kartel / rasuah dihapuskan’, ‘#3 kuatkuasa undang-undang’,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata konvoi berkenaan dikesan melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menghala ke Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang sedang berkuat kuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.