Sony Dilaporkan Ingin Menawarkan Perkhidmatan Seakan Xbox Game Pass
Microsoft mempunyai beberapa kelebihan berbanding Sony pada waktu ini kerana menawarkan Xbox Game Pass. Dengan Xbox Game Pass, permainan percuma boleh dinikmati oleh pelanggan pada bila-bila masa dengan katalog yang ditambah setiap bulan. Jika anda terlepas penawaran bulan lalu, jangan risau kerana permainan kekal dalam katalog untuk selama-lamanya. Kini menurut Bloomberg, Sony sedang membangunkan perkhidmatan yang sama seakan Xbox Game Pass.
Ia sedang dibangunkan dengan kod nama Spartacus. Spartacus ditawarkan dalam tiga tahap dengan tahap pertama adalah sama seperti PlayStation Plus sekarang. Tahap kedua Spartacus pula menawarkan katalog permainan lama dan baharu secara setempat kepada pelanggan. Tahap tertinggi pula menawarkan demo awal, penstriman permainan video dan pilihan katalog permainan yang lebih besar seakan Xbox Game Pass Premium sekarang.
Dengan perang konsol masih berterusan, pelanggan kini mencari nilai lebih baik untuk setiap langganan yang dilakukan Sony perlu menawarkan sesuatu yang setanding dengan Xbox Game Pass segera.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment