Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakaman Audio Twitter Spaces Kini Boleh Didengar Semula Semua Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakaman Audio Twitter Spaces Kini Boleh Didengar Semula Semua Pengguna


Ledakan platform media sosial menggunakan audio berlaku ketika pandemik akibat kebosanan duduk di rumah sepanjang hari. Dipopularkan oleh Clubhouse, ciri yang serupa kemudian ditawarkan juga di Twitter dan Facebook. Tetapi kekurangan paling ketara ialah jika anda terlambat, sesi perkongsian akan terlepas dan kemudian tidak dapat didengar semula. Bagi pengguna Twitter Spaces, ciri mendengar semula rakaman audio kini diaktifkan kepada semua.

Untuk mendengar semula sesi perbincangan, hos perlu mengaktifkannya semasa sesi dilakukan. Mereka kemudian boleh menyunting bahagian yang ingin dikongsi dan kemudian memberikan pautan audio yang telah dirakam kepada pendengar. Ciri ini boleh diakses oleh pengguna Twitter pada Android, iOS dan juga laman Web. Sebelum ini ia hanya diberikan kepada pengguna versi iOS sahaja terlebih dahulu. Dengan adanya ciri rakaman audio, perkongsian menarik pada sesi Spaces kini boleh disimpan dan didengar semula di lain waktu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.