Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dan Microsoft Dilaporkan Bekerjasama Menghasilkan HoloLens Generasi Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dan Microsoft Dilaporkan Bekerjasama Menghasilkan HoloLens Generasi Baharu


Apple dipercayai ingin menggantikan iPhone dengan set kepala realiti terimbuh dalam masa 10 tahun sebagai persediaan untuk alam meta. Meta pula sudah melakukan langkah awal dengan Facebook Horizons dan kaca mata pintar. Menurut laporan The Elec, Samsung dan Microsoft tidak mahu ketinggalan juga maka mereka kini bekerjasama untuk membangunkan HoloLens generasi baharu.

Projek melibatkan Samsung Display, Samsung Electro-Mechanics dan Samsung SDI dari pihak Samsung dan bahagian realiti terimbuh di Microsoft. Projek yang akan memakan masa dua tahun ini menyasarkan pelancaran produk pada tahun 2024. Teknologi DigiLens sebuah syarikat yang diambilalih oleh Samsung dipercayai turut akan digunakan. Dengan DigiLens, produk set realiti terimbuh yang bersaiz kecil boleh dihasilkan.

Samsung dan Microsoft telah melakukan banyak kerjasama terutamanya dalam penawaran produk peranti mudah alih. Integrasi OneDrive dan sokongan menggunakan peranti Samsung dalam komputer Windows misalnya telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Kerjasama dalam menghasilkan set realiti terimbuh ialah langkah maakul bagi kedua-dua syarikat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.