Rekaan CAD 3D Oppo Find X4 Pro Memperlihatkan Kamera Bawah Skrin Dan Skrin Kedua
Oppo telah mengejutkan dunia dengan peranti skrin boleh-lipat pertama mereka, Oppo Find N. Ia hadir dalam rekaan kompak, selesa digunakan dan dilihat digemari ramai.
Tetapi peranti yang ingin bersaing dengan Samsung Galaxy Z Fold3 ini terhad di Chin sahaja. Pengguna global nampaknya akan terhad dengan peranti mercu seperti Find X sahaja.
Bercakap mengenainya, imej rekaan CAD 3D Oppo Find X4 Pro telah didedahkan oleh Lets Go Digital.
Peranti ini dikatakan hadir dengan kamera di bawah skrin, menggunakan skrin melengkung di semua sisi dan bucu, konfigurasi kamera belakang adalah kuad-kamera dan turut akan ada skrin sekunder di belakang seakan Xiaomi Mi 11 Ultra.
Di hadapan, peranti akan kelihatan seakan mempunyai skrin nirbingkai penuh, kemudian di sisi kiri ada butang aras suara dan sisi kanan adalah butang kuasa. Modul kamera di belakang berada dalam bentuk seakan segi empat dengan bucu bulat. Ia sedikit timbul dengan skrin rata di sisi. Skrin ini dikatakan adalah untuk swafoto, notifikasi dan pelbagai lagi.
Peranti ini juga dikatakan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 dan turut akan ada variasi dengan Dimensity 9000. Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment