Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Menghentikan Pengeluaran a7 II Dan a6100 Dengan Pesanan Model Lain Digantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Menghentikan Pengeluaran a7 II Dan a6100 Dengan Pesanan Model Lain Digantung


Masalah bekalan cip semakin kronik kepada perniagaan kamera digital Sony minggu ini apabila pesanan dan pengeluaran beberapa model telah dihentikan. Pengeluaran kamera Sony A7 II dan A6100 telah dihentikan terus oleh Sony kerana mereka merasakan tiada peluang untuk mendapatan komponen dalam masa terdekat.

Pesanan kamera Sony a7C dan a6600 pula telah digantung mengikuti nasib yang berlaku kepada Sony ZV-E10  awal bulan ini. Sepanjang 2021, pengeluaran 8 kamera digital telah digantung kerana masalah kekurangan cip. Ini ialah masalah yang turut dihadapi oleh pesaing mereka Canon dan Nikon.

Isu ini tidak dibantu oleh permintaan yang tinggi untuk kamera digital di China kerana kepopularan platform edagang melakukan penstriman. Kamera digital menawarkan kualiti video yang lebih baik dengan produk yang dijual kelihatan lebih menarik berbanding penstriman menggunakan kamera telefon pintar.

Sumber Sony



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.