Android TV Kini Mempunyai 110 Juta Pengguna Aktif Bulanan
Android TV adalah sistem operasi untuk televisyen pintar. Sistem operasi ini digunakan pada pelbagai jenis peranti seperti dongel, kotak set atau terus terbina dalam TV itu sendiri. Dengan sistem operasi ini, pengguna ada kebebasan menggunakan pelbagai aplikasi untuk menikmati hiburan.
Dalam temubual di antara 9to5Google dan wakil Google, Google memberitahu yang pengguna aktif bulanan kini mencapai 110 juta. Ini adalah peningkatan lebih 50% daripada bulan Mei lalu yang mencapai 80 juta pengguna aktif.
Ini tidak terkejut kerana Google ada menyatakan yang tahun 2022 adalah tahun di mana penggunaan Google TV semakin mendadak dengan lebih banyak pengeluar mempunyai akses kepadanya. Xiaomi akan hadir dengan TV Stick 4K, Mecool juga dengan variasi tersendiri, Realme juga sudah, Wallmart dan banyak lagi jenama.
Dengan semakin banyak platform penstriman ditawarkan, penggunaan Android TV dan Google TV juga akan semakin meningkat kerana pengguna ingin menikmati kandungan kegemaran dengan mudah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment