Tayar Mesra Alam Goodyear Dihasilkan Menggunakan Sekam Padi
Tayar menghasilkan pencemaran dengan tayar terpakai menggunung kerana sukar untuk dikitar semula. Penyelesaiannya ialah menghasilkan tayar yang lebih mesra alam menggunakan bahan yang lebih lestari. DI CES 2022, Goodyear membuktikan ini boleh dilalukan dalam masa terdekat.
Tayar ini menggunakan 70% bahan dari sumber lestari seperti sekam padi, minyak kacang soya, dan plastik yang dikitar semula. Abu sekam padi diproses sebagai ganti kepada silika dan minyak kacang soya pula menggantikan petroleum yang merupakan antara sumber terbesar pencemaran dunia.
Selain itu komponen carbon black yang diperlukan untuk memastikan ketahanan tayar digantikan dengan metana, karbon dioksida dan minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan bagi menggantikan sumber petroleum. Prototaip ini adalah langkah pertama Goodyear untuk mengeluarkan tayar yang 100% mesra alam menjelang 2030.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment