Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple CarKey Akan Disokong Pula Pada Kereta Keluaran Hyundai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple CarKey Akan Disokong Pula Pada Kereta Keluaran Hyundai


Menggunakan telefon pintar sebagai kunci kereta disokong pada peranti keluaran Apple, Google, Samsung dan Hyundai menerusi teknologi UWB. Pada iPhone ciri ini diaktifkan menerusi ciri Apple CarKey yang setakat ini hanya diberikan pada model tertentu kereta keluaran BMW. Menurut Mark Gurman, ciri ini akan dikembangkan lagi kepada kereta keluaran Hyundai dan siri Genesis mereka dalam masa terdekat.

Beliau mengatakan ini akan berlaku berdasarkan kod yang ditemukan dalam iOS 15. Sekiranya semua berjalan lancar, Apple CarKey akan boleh digunakan pemilik kereta Hyundai dan Genesis pada musim panas akan datang. Pada waktu ini Apple masih di belakang sistem Samsung Digital Key yang boleh digunakan pada kereta keluaran Audi, BMW, Ford, Hyundai dan Genesis tetapi hanya di Korea Selatan.

Dengan kunci digital, pemilik boleh meminjamkan kereta kepada ahli keluarga atau teman tanpa sebarang kunci fizikal ditukar tangan.

Sumber 9to5Mac



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.