Hi! Welcome Back and Stay Tune! Set Kepala AR Apple Dijangka Dijual Pada Harga Melangkaui RM8,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Set Kepala AR Apple Dijangka Dijual Pada Harga Melangkaui RM8,000


Salah satu produk baharu daripada Apple yang dijangka diperkenalkan seawal tahun ini, dan dinantikan ramai adalah set kepala AR mereka.

Set kepala dengan sokongan realiti-terimbuh ini dijangka akan menjadi salah satu produk fokus Apple dalam tahun-tahun akan datang, sehingga ia dibangunkan menjadi kaca mata pintar, mahupun sebagai kanta lekap pintar.

Terbaru, mengikut perkongsian Bloomberg, set kepala AR daripada Apple ini dijangka menawarkan harga jualan melangkaui $2000, iaitu lebih tinggi daripada RM8300.

Set kepala ini akan memfokuskan kepada arena permainan, menikmati edia, dan juga komunikasi seperti FaceTime. Ia diperkatakan akan dijana dengan dua cip M1 Pro, selain paparan resolusi tinggi 8K.

Dengan harga jualan melangkaui MacBook, pada peringkat awal, sasaran pasaran untuk set kepala ini dijangka mungkin agak mencabar berbanding dengan bagaimana Apple memasarkan iPhone mereka. Namun, Apple sedia terkenal dengan produk premium, dan tidak mustahil penawaran harga premium mereka turut menerima permintaan tinggi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.