Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Kosongkan Dan Dapatkan Storan Tambahan Pada Telefon Android Anda? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Kosongkan Dan Dapatkan Storan Tambahan Pada Telefon Android Anda?


Menjadi kebiasaan ketika menggunakan telefon, dimana kita memuat-turun pelbagai gambar dan dokumen, atau memasang aplikasi – dan kemudian tidak menggunakannya lagi. Hal ini sekaligus akan memakan storan pada telefon anda, walau tidak digunakan.

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan anda membuang fail dan dokumen tidak digunakan atau tidak diperlukan. Salah satu yang rasmi daripada Google adalah Files by Google.

Melaluinya, ia menawarkan aplikasi berbentuk pengurus fail, dan turut menyertakan ciri untuk membersihkan peranti dengan membuang fail serta dokumen yang tidak diperlukan.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Files by Google.

Seterusnya, tap pada menu Clean yang terletak pada bahagian bawah. Aplikasi akan memaparkan pilihan untuk mengosongkan peranti – termasuk memadam rakaman paparan skrin, memadam fail bersaiz besar, memadam fail-fail yang dimuat-turun, dan juga pilihan untuk memadam gambar yang telah disandarkan ke Google Photos.

Anda juga turut boleh memilih “Browse” untuk melihat apa yang memakan storan, dan membuangnya secara manual.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mula mengemaskan lagi storan peranti anda hari ini.

Muat-Turun Files by Google


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.