Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Terbaik 2021 – Telefon Pintar Mercu Terbaik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Terbaik 2021 – Telefon Pintar Mercu Terbaik


Kita akhirnya tiba ke hari terakhir 2021 dengan jayanya. Sebagai kemuncak kepada siri artikel Peranti Terbaik 2021, kini tiba giliran kami menamakan pula Telefon Pintar Mercu terbaik sekaligus menamakan telefon pintar terbaik tahun ni di Amanz.

Pilihan peranti tahun ini adalah agak menarik kerana hampir kesemuanya setara dengan hanya ciri tambahan yang ditawarkan kepada pengguna memberikan kelebihan. Tanpa melengahkan masa, ini ialah senarai tiga telefon pintar mercu terbaik 2021. Sebelum ini anda juga boleh melihat pemenang kategori lain di bawah.

Kriteria Pemilihan

  • Dilengkapi cip dan spesifikasi kelas mercu.
  • Mempunyai pelbagai ciri tambahan yang menarik.
  • Paling berinovasi sepanjang tahun.
  • Dilancarkan pada tahun 2021
  • Ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan
  • Tiada had harga jualan.

Tempat Ketiga – Xiaomi Mi 11 Ultra

Selama ni Xiaomi menawarkan peranti berkuasa pada harga yang mampu milik sehingga boleh dikatakan tidak masuk akal. Penawaran yang murah ini hadir dengan beberapa kekurangan seperti kemasan yang kurang premium, kamera sederhana dan kurangnya ciri tambahan yang boleh menjadikannya unik di pasaran. Dengan Xiaomi Mi Ultra kita dapat melihat apa yang berlaku jika mereka mengeluarkan peranti tanpa sebarang kekangan harga jualan.

Xiaomi melancarkan serangan tanpa batasan kepada pengeluar lain. Skrin mantap 120Hz dipadankan dengan pemproses Snapdragon 888, memori 12GB, kamera yang padu, bateri yang besar, pengecasan yang pantas dan kemampuan kalis air. Tiada kompromi dilakukan oleh Xiaomi dan mereka sempat menawarkan skrin sekunder di bahagian belakang yang memaparkan notifikasi serta untuk pegambilan swafoto.

Mi 11 Ultra mempunyai wow kerana kesemuanya mengenai peranti ini Ultra jika dibandingkan dengan peranti Xiaomi lain di pasaran. Kenapa ia hanya di tempat ketiga? Kerana masalah pemanasan berlaku apabila menggunakan kamera dan perisian MIUI 12 yang masih mempunyai iklan dan tidak sebaik pelancar lain. Jika isu aplikasi gendut dan pemanasan dapat diselesaikan menerusi siri Xiaomi 12 kelak, kami meramalkan ia akan hadir dalam senarai peranti terbaik2022 kelak.

Spesifikasi: 6.7” OLED QHD+ Dolby Vision, 120Hz, Snapdragon 888 5nm (1 x 2.84 GHz Kryo 680 + 3 x 2.42 GHz Kryo 680 + 4 x 1.80 GHz Kryo 680), 12 GB RAM, storan 256GB, 50+48+48 MP (Utama), 20 MP (Swafoto), 5000 mAh (67W), IP68, Android 11.

Harga: Serendah RM4299 (12/256 GB)

Tempat Kedua – Apple iPhone 13 Pro Max

Tahun lalu ialah tahun Apple kerana iPhone 12 Pro Max jelas mempunyai kelebihan berbanding peranti lain di pasaran. Berlainan pula pada tahun ini kerana iPhone 13 Pro Max pada hemat kami hanya layak diletakkan di tangga kedua sahaja. Ini tidak bermakna iPhone 13 Pro Max bukan yang terbaik. Ia masih lagi telefon pintar paling berkuasa 2021 dan berdasarkan markah penanda aras Snapdragon 8 Gen 1, mungkin akan turut paling berkuasa di tahun 2022.

Dipadankan dengan binaan yang cukup premium, kemampuan kamera yang dipertingkatkan, skrin yang akhirnya 120Hz dan prestasi bateri yang terbaik di dalam kelas. Kesemua ini hanya melayakkan di tangga kedua kerana 13 Pro Max tidak menawarkan peningkatan yang ketara berbanding 12 Pro Max. Selain itu sistem operasi iOS 15 juga tidak banyak bezanya dengan iOS 14 tahun lalu.

iPhone 13 Pro Max

Jika anda mencari peranti iOS terbaik tahun 2021, pilihan terbaik ialah 13 Pro Max. Jika anda mencari pula telefon pintar mercu dengan prestasi bateri terbaik, 13 Pro Max juga adalah pilihan yang tidak akan mengecewakan. Tetapi untuk menjadi peranti terbaik 2021, kami memerlukan sesuatu yang unik, ciri yang tidak ada sebelum ini dan pada waktu yang sama mempunyai faktor wow.

Spesifikasi: 6.81” OLED Super Retina XDR Dolby Vision, 120Hz, Apple A15 Bionic 5nm (2 x 3.22 GHz Avalanche+ 4 x ? GHz Blizzard), 6GB RAM, storan sehingga 1TB, 12+12+12 MP (Utama), 12 MP (Swafoto), 4352 mAh (27W), IP68, iOS 15

Harga: Bermula RM5299 (6/128 GB)

Juara – Samsung Galaxy Z Fold3 5G

Dengan iPhone 13 Pro Max di tangga kedua, tempat pertama jatuh ke tangan Samsung Galaxy Z Fold3 5G. Peranti skrin boleh-lipat paling mercu Samsung tahun ini membawakan banyak penambahbaikan berbanding Fold 2. Akhirnya peranti mempunyai kemampuan kalis air yang menjadikannya lebih mudah digunakan di Malaysia yang hujan boleh turun pada bila-bila masa. Kemudian kamera bawah skrin digunakan pada skrin dalam. Tiada lagi isu lubang kamera atau takuk mencacatkan sesi tontonan video atau permua.

Skrin luar dan dalam juga kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz. Sokongan stylus S-Pen akhirnya diberikan bagi meningkatkan produktiviti pemilik. Dengan siri Note telah ditamatkan, Fold3 ialah pengganti yang paling berjaya tahun ini. Tetapi kekuatan sebenar Fold3 terletak pada perisian. Ia mempunyai sistem multi tugas paling pantas pernah kami gunakan pada sebuah telefon pintar dan tablet. Potensi peranti skrin boleh-lipat untuk kegunaan kerja berjaya direalisasikan oleh Fold3.

Kerana penambahbaikan yang dilakukan tahun ini adalah banyak serta menyelesaikan isu yang wujud pada Fold2, kami merasakan Fold3 ialah peranti yang layak dinobatkan sebagai yang terbaik untuk tahun 2021. Malah harga jualannya tidak begitu melampau dan nampak berbaloi apabila dibandingkan dengan iPhone 13 Pro Max dengan harga yang hampir setanding. Anda mendapat peranti yang lebih canggih, menarik, skrin lebih besar, dan berkemampuan multi tugas sebenar dengan Fold3.

Tahniah Samsung kerana kini kami tidak sabar melihat apa pula yang akan mereka lakukan pada tahun 2022 untuk menghasilkan peranti yang lebih baik berbanding Fold3. Dengan Xiaomi, Oppo, Honor, Motorola dan Huawei akan menggandakan usaha mereka dalam pasaran peranti skrin boleh-lipat, persaingan yang sihat akan hanya menguntungkan pengguna.

Spesifikasi: 6.2” AMOLED 120Hz, 7.6” AMOLED 120Hz, Snapdragon 888 5nm (1 x 2.84 GHz Kryo 680 + 3 x 2.42 GHz Kryo 680 + 4 x 1.80 GHz Kryo 680), 12 GB RAM, storan sehingga 512GB, 12+12+12 MP (Utama), 10MP (Swafoto Luar), 4MP (Swafoto Dalam), 4500 mAh (25W), IPX8, Android 11.

Harga: Bermula RM6699 (12/256 GB)


Selesai sudah senarai Peranti Terbaik Amanz untuk tahun 2021. Semoga dengan senarai ini adalah lebih mudah bagi pembaca sekalian mencari peranti yang paling sesuai untuk keperluan seharian. Jumpa ada di tahun 2022 yang kami rasa akan menjadi tahun yang lebih baik untuk teknologi khususnya telefon pintar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.